Khamis, 20 Mac 2014

Majlis House Warming..Selesai Sudah

Sudah semestinya dan dah menjadi perkara wajib bila masuk rumah baru mesti nak buat kenduri doa selamat...begitu jugak pada aku dan encik suami yang baru mendapat rumah baru yang x berape nak baru..kikiki..
Nie adalah sedikit gambar yang nak aku kongsikan masa majlis tersebut diadakan..kenduri biasa2 ajer..panggil semua saudara-mare..jiran2..sahabat2 handai dan juga sesape yang mengenali diri kami berdua...huhuhu...
Semua makanan dimasak sendiri oleh ahli keluarga aku..terima kasih semua atas jasa dan budi baik kalian semua..x terbalas nampaknyerrr....
Untuk pengetahuan korang, sebenarnyer x sempat sangat nak ambil gambo..maklum lerr kan tuan rumah..nak kena layan tetamu, nak sediakan itu ini ape yang x cukup..nie pun gambar dah last2 majlis adik aku tolong ambilkan..huaaaaa..sadis sebab nie jelah sekali kenangan gambar masuk rumah baru..belum tentu nak beli rumah baru lagik kannnn...
Yang paling best..jiran2 aku nie semuanya baik2 belaka..walaupun baru kenal..dah bagi kuih sorang sejenis..meriahnyer..bukan niat aku nak minta diaorg bawak kuih..aku jemput dtg makan jerk..tapi diaorang bagi..ya Allah.. seronok sangat..pastu yang aku x kenal pun aku jemput dengan hanya letak kad kat dalam tempat pos jerk..tapi diaorang datang..memang aku respectlah semua jiran aku nie..walaupun busy tapi bab2 jiran tetangga nie diaorang datang gak..kebanyakkan diaorang nie terdiri daripada guru2..terima kasih cikgu...
 Nie plak Kumpulan Qasidah dari Kampung Bukit Rambai yang terdiri daripada bebudak sekolah dan orang2 tua..hehehe..sedap sangat alunan qasidah diaorg..menusuk qolbuuu..huhuhu

 Nie adalah kaum sepupu aku yang memang rajin dan sportinglah dalam bab2 nak menolong orang nie...terima kasih semua...

 Nie abah dengan adik2 aku, abg sepupu dan sepupu yang lain..hehehe..diaorg nilah yang tolong jaga bahagian air..air habis topupppp..cawan habis g beli..hehehe
 Nie diantara makanan yang tinggal..hehehe..gambar awal lupe amik..kuikuikui..sadisss
 Nie plak gambar kuih muih...lagik sedih...kuih dah tinggal sikit jerk...

 Nie orang tengah ramai nie..berduyun2 ...hehehe..x lepas tangan..huhuhu
 Kalau korang nak tau..rumah sebelah nie aku tumpang letak makanan dan barang2..mak2 sedara pun tumpang lepak kat sini..nie rumah jiran aku..dia seorang cikgu...kikiki..dia ni PJJ(perkahwinan jarak jauh)..isteri dia kat KL...dia bagi kitaorg kebenaran tok guna ruang porch dia..alhamdulillah..terima kasih banyak2 cikgu..
(gambar kat bawah ni semua gambar ORANG KUAT...kikiki..tukang masak laaa)

 Akhir sekali..nie adalah hadiah yang aku terima masa majlis diadakan..buah tangan dari kengkawan..x sangka buat majlis masuk rumah pun dapat hadiah..macam majlis harijadi le plak..ape2 pun terima kasih yang x terhingga kepada yang memberi...
Nie menu masa majlis diadakan:

Makanan Utama (masak sendiri)
1. Nasi putih
2. Daging + tetel masak asam pedas
3. Ayam masak merah
4. Nangka masak lemak cili api
5. Parcelis mangga
6. Keladi masak asam
7. Gulai Tempoyak
8. Sambal jering
9. Kerabu mangga
10. Sambal belacan
11. Ulam-ulaman
12. Ikan masin

Kuih-Muih
1. Kuih koci-buat sendiri
2. Kuih cara berlauk-buat sendiri
3. Coklat moist-jiran bagi
4. Karipap pusing-jiran bagi
5. Karipap pusing-jiran bagi
6. Kuih genggang (2 jenis) mak saudara bagi
7. Kuih genggang (1 jenis) mak angkat bagi
8. Kuih seri muka-jiran bagi
9. Kuih puteri ayu-kakak sepupu bagi
10. Kuih koci pulut hitam-kawan mak bagi
11. Talam cendol-kawan bagi
12. Kuih seri muka-kawan bagi
13. Samosa-buat sendiri

Pencuci Mulut
1. Bubur labu-labu kawan bagi
2. Agar2 puding-jiran bagi
3. Puding jagung-mak saudara bagi
4. Jeli kelapa-kawan bagi
5. Rojak Petis

Air
1. Air sunquick
2. Air kiwi

alhamdulillah..selesai semuanyerrr...kengkawan xyah nak tanya bila nak buat kenduri masuk rumah lagik yerkk...
Tarikh majlis diadakan ialah pada 25.01.2014...(genap 14 tahun aku mengenali encik suami...tarikh keramat tue..kuikuikui)..

2 ulasan:

QISMIENA berkata...

assalamualaukum.boleh saya dapatkan no tel untuk kump qasidah bukit rambai tu x?terima kasih 0123481995

SUHAILAH RAMLI berkata...

Wassalam..ni no hp Kumpulan Qasidah Bukit Rambai..boleh hubungi Ustaz Rizan 0122854114...