Isnin, 30 April 2012

Probyo


Memelihara usus anda dengan 6 bilion Probiotik setiap hari!

ProByo adalah satu-satunya Probiotik yang menggunakan teknologi Mikroenkapulasi Lipid Berpaten dan Tahan Kepanasan setinggi 50 darjah celsius.
• Mengandungi 6 bilion probiotik daripada 5 jenis yang berbeza
• Terbukti dalam lebih daripada 80 kajian klinikal
• Pembentukam semula & menguatkan pejuang-pejuang kecil di usus
• Berjuang dengan bakteria tidak baik
Tip Kesihatan :
Kita perlu menjalankan detoksifikasi kolon untuk membersihkan toksin yang terkumpul akibat diet dan amalan hidup yang tidak sihat, pencemaran kesekitaran dan pengambilan ubat. Maka kita perlu menjalankan pembersihan kolon sekurang-kurangnya 1 kali sebulan untuk mengekalkan kesihatan usus.

  1. KETIDAKSEIMBANGAN probiotik di dalam badan mungkin boleh mengundang gangguan kesihatan dalam hidup seseorang. Probiotik merupakan mikroorganisma hidup atau bakteria baik yang membawa kebaikan kepada perumahnya jika diambil pada kadar yang berpatutan. Ia juga bertindak membantu melaraskan proses pencernaan manusia dengan lebih baik.
  2. Pakar Nutrisi Manusia dan Kesihatan dari Kanada, Dr. Thomas Tompkins, berkata, setiap aktiviti yang dilakukan pada hari ini membawa kesan kepada bakteria baik di dalam badan.“Sebagai contoh, amalan diet dan gaya hidup tidak sihat, air minuman berklorin, pencemaran, tekanan, penggunaan antibiotik dan sebagainya boleh mengakibatkan kerosakan saluran gastrousus. “Ia merupakan tempat yang paling berbahaya dan kotor di dalam badan disebabkan semua makanan, toksin dan bakteria usus berkumpul di sini,” katanya selepas memperkenalkan produk makanan tambahan probiotik PROBYO keluaran Elken Sdn. Bhd. baru-baru ini.
  3. Ujar Tompkins, saluran gastrousus yang tidak sihat boleh mengakibatkan gangguan pencernaan seperti gastroenteritis, penyakit keradangan usus, ulser peptik, kanser gastrousus dan lain-lain lagi. Pengambilan probiotik dalam diet harian melalui makanan tambahan dapat mengembalikan keseimbangan bakteria baik dalam saluran gastrousus sekali gus membantu mencegah penyakit kronik. “Salah satu elemen penting dalam probiotik baik ialah kandungan bakteria baik perlu mencukupi dari segi kuantitinya. “Antara ciri lain adalah ia mampu bertahan kepada persekitaran berasid yang tinggi dalam perut supaya ia dapat sampai ke usus,” katanya.
  4. Tambah Tompkins, perjalanan makanan tambahan probiotik adalah panjang dan perlu mempunyai ketahanan suhu panas dalam proses pengangkutan serta penyimpanan. Katanya, jika ia tidak mempunyai ciri tersebut, kebanyakan bakteria baik itu akan mati atau tidak aktif apabila diambil oleh manusia.
  5. Dalam pada itu, produk makanan tambahan probiotik PROBYO berbeza dengan produk lain kerana ia mempunyai salutan lipid pelindung untuk melindungi enam bilion bakteria yang terdiri daripada lima jenis bakteria yang berbeza-beza.
  6. “Teknologi yang digunakan juga dapat dilindungi daripada haba, jus gastrik dan lembapan persekitaran bagi memastikan probiotik dapat sampai dengan selamat ke mikroflora usus. “Bakteria baik ini dapat bertindak sebagai pengawal melindungi saluran gastrousus sekali gus memastikan mendapat faedah yang diingini oleh badan.

Khamis, 26 April 2012

Cara Asas Nak Aplikasikan Make Up


Xde cara yang ditetapkan untuk mengaplikasi kosmetik, tapi ada beberapa helah yang korang boleh gunakan untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

Langkah pertama adalah untuk mempunyai wajah yang bersih, dan lembap (guna pelembap).

Kemudian mulakan dengan bedak asas (foundation) korang. Jika korang mempunyai kulit tidak sekata atau masalah-bintik pada muka, korang mungkin mahu menyembunyikannya dengan menggunakan penyamar noda (concealer - optional.. xpakai pun xpe). Sapukan pada bahagian yang menghadapi masalah sebelum korang memakai bedak asas. Dengan cara ini korang boleh mendapatkan perlindungan tambahan. Bedak asas harus disapu menggunakan span atau berus yang bersih. Menggunakan tangan korang boleh menyebarkan bakteria atau menambah minyak yang berlebihan.

Setelah korang menyapu bedak asas korang dengan rata maka korang bolehlah memakai loose powder atau pressed powder.

Langkah terakhir adalah untuk memakai maskara korang. Sebelum maskara digunakan, pakai celak (eye liner) terlebih dahulu. Ia akan membuatkan mata nampak lebih galak. Pakai disepanjang garis mata atas dengan garisan nipis/tebal di sepanjang mata/garisan bulu mata bukan di bawahnya kerana ini boleh menyebabkan mata kelihatan letih.

Kemudian korang boleh teruskan dengan memakai pembayangan mata. Warna lembut atau pastel sebagai warna asas adalah terbaik bagi kebanyakan orang. Korang boleh menggunakan warna yang lebih gelap di sudut luar untuk menambah kedalaman dan menyerlahkan mata korang.

Selepas memakai pembayang mata, dengan teliti sapu apa-apa lebihan yang mungkin telah jatuh di bawah mata korang. Sapukan sekali lagi loose powder keseluruh muka secara ringan untuk setkan makeup korang.

Seterusnya sapukan blusher. Korang tak perlu menggunakan terlalu banyak hanya cukup untuk menampakkan warna di pipi korang. Ini perlu disapu pada tulang pipi atas dan dibawa ke arah garis rambut. Bronzer boleh digunakan di tempat merah muka untuk kelihatan lebih semulajadi.

Aplikasi seterusnya adalah di bibir korang. Korang mungkin mahu menggunakan asas bibir untuk memastikan pemakaian gincu yang tahan lebih lama. Lukis bibir korang dengan berhati-hati mengikut garis bibir semulajadi atau bentuk mengikut keinginan korang, dan kemudian isikan dengan warna gincu yang diingini. Pastikan untuk menggunakan gloss jika anda ingin melihat munggil .
 * Tips nie aku amik dari http://makeupmakeover-roshima.blogspot.com/2011/09/cara-mengaplikasi-makeup.html

Menentang Tekanan Diet Pasca Cuti?

Apakah yang dapat kita lakukan untuk 'terlepas' dari tekanan dan peningkatan berat badan pasca cuti? Sebagai permulaan, apa kata kita cuba kaedah detoksifikasi?

DETOKSIFIKASI merupakan satu pendekatan yang 'tertanam' dalam tradisi dan telah digunakan oleh banyak sistem perubatan tradisional seperti Ayurveda, Bekam dan Perubatan Tradisional Cina.

Ia bertujuan mengaktifkan keupayaan semulajadi badan untuk memproses dan mengkumuhkan toksin disamping menyokong fungsi pembersihan-diri untuk meminimumkan tekanan yang dikenakan ke atas badan.

Prinsip teras detoksifikasi adalah untuk mengurangkan pendedahan badan terhadap toksin, membersihkan toksin dan menyingkirkan toksin daripada sistem badan kita.

Makanan yang tidak sihat boleh mensaratkan kita dengan bahan-bahan yang tidak diperlukan sehingga sistem badan dan organ kita tidak mampu untuk membersihkan toksin ini. Justeru itu, untuk melindungi diri kita daripada bahan berbahaya, maka badan kita akan mengetepikan mereka (toksin) dan 'menyalut' mereka dengan mukus serta lemak demi mencegah ketidakseimbangan atau mencetuskan tindak balas imun. Sesetengah orang mungkin menambah sehingga 15 paun tambahan dalam bentuk mukus hanya semata-mata untuk menyimpan sisa ini. Inilah jawapan mengapa berat badan kita mudah naik mendadak.

Pengumpulan sisa toksin dalam badan akhirnya mungkin akan menjurus kepada masalah yang lebih serius seperti dimensia. Selakuan sukar dikawal dalam kalangan kanak-kanak, kekurangan sperma, masalah kesihatan mental dan ini adalah antara masalah yang dihadapai oleh masyarakat membangun.

Menurut "Laporan Pendaftaran Kanser Kebangsaan 2003-2005", kejadian KANSER PAYUDARA dalam kalangan WANITA SEDANG MENINGKAT, dan dianggarkan 1 daripada 20 wanita Malaysia berisiko menghadapi kanser payudara sepanjang hayatnya. 

Walaupun kesemua masalah ini kompleks dan mungkin menyumbang kepada tekanan kehidupan moden serta kadar kematian yang lebih tinggi, kita tidak dapat menafikan bahawa peningkatan pengambilan toksin daripada diet dan gaya hidup kita juga bertanggungjawab terhadap sesetengah masalah ini.

Oleh yang demikian, apabila anda memegang makanan, fikirkanlah lemak dan aditif makanan yang tidak sihat yang terkandung di dalamnya. Makanan sedemikian sukar diuraikan oleh sistem pencernaan anda dan boleh 'tersekat' pada usus anda! ia akan menyebabkan anda berasa tidak bermaya, letih, sembelit dan rengsa.

Justeru itu, kurangkan makanan yang tidak sihat seperti makanan goreng, makanan diproses, gula diperhalus dan perangsang seperti alkohol dan KAFEIN. Sebaliknya, minum air yang banyak dan kurangkan minuman beralkohol atau berkarbonat. Adalah dimaklumkan air yang terbaik untuk diminum (selepas air zam-zam) adalah air R.O (Reverse Osmosis / Osmosis Songsang) kerana air tersebut bersifat tulen. Air yang tulen amat penting kerana badan kita mengandungi 90% air dan salah satu fungsi asas air dalam badan kita adalah detoksifikasi. Pastikan pengambilan buah-buahan dan sayuran mencukupi setiap hari. Ini adalah penting kerana ia bukan sahaja mengekalkan serat diet yang optimum, malahan enzimnya juga turut membantu mencernakan makanan kita dan membersihkan usus kita.

Pada masa yang sama, pengambilan suplemen probiotik yang tetap, dapat membantu dalam mempertingkatkan  sistem imun dengan mengkolonisasikan usus anda dengan bakteria baik. Saluran pencernaan yang didiami bakteria baik dapat membantu untuk melegakan sejumlah masalah seperti kembung perut, gas berlebihan, keracunan usus dan penyerapan nutrien yang lemah.

Detoksifikai melibatkan langkah dan pilihan yang mudah. Antara suplemen yang terkenal yang biasa didengari menjadi pilihan ramai adalah LACTOSE-S dan PROBYO.
LACTOSE-S meransang pembersihan kolon dengan ramuan semulajadi seperti laktosa, oligosakarida dan bakteria bifidus. Suplemen ini membantu mengembalikan keseimbangan bakteria berfaedah dalam kolon dan menyingkir keluar sisa toksin dari badan. 

Ahad, 8 April 2012

Fujita Lactose S



Gaya hidup moden yang sentiasa sibuk turut mengancam kesihatan kita disebabkan pengambilan makanan yang tidak sihat. Makanan yang belum sempat dicerna akan bertukar menjadi sisa, yang kemudiannya terkumpul dan membebankan dinding usus. Akibatnya, daya penyerapan nutrien badan akan terjejas.

Fujita Lactose-S ialah sejenis suplemen kesihatan 100% natural yang membantu mengekalkan usus yang bersih dan sihat. Ia mengandungi 1 bilion bakteria bifidus yang mesra bersama bakteria baik yang lain untuk mengekalkan persekitaran asidik yang ideal demi membantutkan pembiakan bakteria jahat. Kandungan laktosa juga membantu meningkatkan keseimbangan bakteria baik dalam usus pada paras sihat. Tambahan, penapaiannya akan membebaskan gas asid karbonik yang memperbesar dinding usus dan merangsang pergerakan peristaltik, yakni membantu menyingkirkan sisa degil daripada usus.

Fujita Lactose-S juga bersifat simbiotik. Dalam erti kata lain, ia mengandungi prebiotik dan probiotik yang membantu meningkatkan flora usus yang baik serta kesihatan usus yang lebih baik. Selain itu, ia mengandungi serat diet, ekstrak oat dan vitamin C serta merupakan bantuan pengurusan yang efektif.


Didapati dalam perisa oren dan yogurt dalam 3, 6 dan 10 pek.