Isnin, 27 Jun 2011

A Famosa Water World...

Errmm..x larat betul pgi nie nak bangun tido...rasa mcm nak mc jerk...maklumlah 2 hari lepas baru g bermandi-manda sakan hasil daripada tiket free dari Mr. Z tue..thanks sekali lagik Mr. Z....lepas tue g plak Seremban..ader koje kahwin...
Gerak kul 11.30....sampai kul 12.00...sekejap jer dah sampai...maklumlah dokek yooo...
Sesampai jer di sana ..aku terus g amik tiket dan beli tiket untuk Firdaus sekali...(tiket free 2 jerk..) pastu terus aku g beli boya untuk baby Fariezal...mak ai...harga boya tue RM 34.90...umang ai..kalo kek luar bleh dapat RM 18 jer...erm, nak guna punya pasal, beli gakkk...sepanjang jalan hushben aku asyik ngomel jer kar aku...aku?..biasalah...buek muke bodoh jer...
Sampai jerr..orang ghamai sangat..ada 2-3 group yang buat family day kat sana...kitaorang terus cari port untuk mandi...aku mulalah jadi photographer...dan-dan bila aku dah x tahan tengok anak dan hushben aku mandi..terus g loker masukkan semua barang...bedebushhh..aku lak yang mandi..hehehe..tue yang x dapat nak amik sumer gambar...sakan bermandi-manda katakan...
Check kete sebelum gerakkk..
Baby Fariezal dah tunggu dalam kete..x sabau dia nak bejalan..
Sampai jerkk..Firdaus dah x sabau nak posing..bukan main lagik anak aku nie..
Seronoknyer tengok anak dengan hushben aku mandi..woooaaa..


Baby Fariezal bukan main suker lagi duduk dlm boya yg sengal tue...


Habis licin hushben aku makan...maklumlah, penat jaga anak...ngee...
Tue  sajelah gambar yang dapat aku postkan...kalu nak tengok yang lain..g lah tengok kat fb aku yerk...abai...

Jumaat, 24 Jun 2011

Sajer Nak Share Dengan Korang....Ngeee..

tips nak lupakan org yg pernah kita syg...

Entri nie aku petik dari Saya harap awak tau saya still sayangkan awak..

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Jika dilihat daripada tajuk entri post di atas mungkin anda akan menganggap yang saya ni macam orang yang baru lepas putus cinta kot. Ataupun saya sekarang tengah angau tapi nak lupakan seseorang itu. Tapi semua itu tidak benar sama sekali kerana saya tidak pernah mahu lupakan siapa-siapa pun. Saya terdetik untuk menulis artikel ini kerana ada permintaan dari seorang kawan saya yang mahu saya post artikel bagaimana untuk dia lupakan seseorang. Saya bukannya hebat sangat pun untuk bagi pendapat ni tapi apa yang boleh saya kongsikan saya cuba la ye. Saya cuba yang terbaik untuk bagi pendapat ni. Dari pembacaan saya dan pengalaman saya sendiri juga..hehe
Saya hanya bagi straight to the point je senang tentang cara-cara nak lupakan seseorang ni tak payah nak pening-pening kepala baca panjang-panjang.
1) Jika anda baru putus cinta ataupun yang seangkatan dengannya sememangnya anda akan bersedih. Itu adalah normal. Yang jadi tak normalnya bila anda buat-buat tak sedih kononnya nak tunjuk anda kuat yang anda boleh lupakan seseorang itu dengan mudah. Walaupun ada yang kuat tapi tak ramai yang kuat untuk lupakan seseorang yang dicintai itu. Kalau anda sedih untuk lupakan seseorang yang dicintai itu keluarkan ia dengan sepenuh hati. Tak pun menangislah sepuas hati anda lama-lama kelamaan anda akan berasa lega sikit selepas beberapa hari. Bila anda sudah biasa bersedih lama kelamaan anda anda akan membiarkan dia pergi dan sudah boleh melupakan dia.
Tips: Susah nak menangis? Tengok la cerita-cerita sedih ataupun dengar lagu-lagu cinta ke..hehe
2) Kadang-kadang bila anda selalu duduk sorang-sorang anda akan selalu terbayang-bayangkan seseorang yang anda suka itu. Jadi makin susahlah untuk lupakan seseorang itu. Habis tu apa nak buat ek?. Senang je pergi cari kawan dan jangan biarkan anda duduk keseorangan. Bila bersama kawan ni banyak benda yang anda boleh buat seperti borak-borak, main apa-apa, pergi jalan-jalan. Percayalah bila anda bersama dengan kawan-kawan anda akan selalu gembira dan lama kelamaan anda akan dapat melupakan seseorang itu.
Tips: Carilah kawan yang boleh buat anda happy..macam saya ni ke..haha perasan..
3) Sentiasa sibukkan diri anda dengan apa-apa aktiviti. Bila diri anda selalu sibuk maka fikiran anda pun akan menjadi sibuk juga. Anda buat la sesuatu aktiviti yang anda suka lakukan dan sentiasa sibukkan diri dengannya. Apabila fikiran anda sedang sibuk maka secara automatiknya anda tidak akan mempunyai masa untuk berfikir tentang ‘seseorang’ yang anda cuba lupakan dia!. Otak tengah buzy jadi anda tak ada masa nak fikir tentang seseorang itu.
Tips: Sibukkan diri anda dengan aktiviti yang banyak mendapat pahala seperti sembahyang, baca al-Quran, berzikir dan banyak lagi.
4) Anda kena elakkan atau jangan terus untuk berhubung dengan ‘seseorang’ yang anda mahu lupakan itu. Kalau anda masih dok terhegeh-hegeh hubungi dia lagi sampai bila-bila pun anda tidak akan dapat lupakan dia. Kalau boleh jangan ada faktor apa pun lagi yang boleh menyebabkan anda berhubung dengan dia seperti ym, facebook dan lain lagi. Bukan nak suruh putuskan hubungan silaturrahim tapi sekadar supaya anda dapat lupakan seseorang itu apabila tidak berhubung dengannya lagi.
Tips: Berhubunglah dengan orang lain supaya anda boleh alihkan perhatian anda. Tak pun berhubung je dengan saya kat facebook dan ym saya senang..hehe
5) Terimalah realiti yang anda perlu lupakan ‘seseorang’ dengan hati yang terbuka dan nekad. Berhentilah dari segala macam perkara seperti berharap, berangan, bermimpi atau yang seumpamanya. Realitinya yang anda mesti lupakan dia walau apa sekalipun. Jangan ada lagi didalam fikiran anda contohnya suatu hari nanti ke.. semua akan berubah ke..dia masih mahu kot..atau apa-apa jela. Anda perlu kuat untuk menghadapi realiti ni.
Tips: Ingatlah yang hidup ini adalah realiti dan bukan fantasi ya..
Sebagai kesimpulannya melupakan seseorang yang kita suka amatlah sukar kerana ianya memerlukan semangat yang kuat untuk melakukannya. Ada banyak lagi cara untuk kita boleh lupakan seseorang itu yang saya ceritakan disini hanyalah sebahagiannya sahaja. Kalau masih tak boleh nak lupakan juga seseorang itu anda ingatlah kepada Allah selalu dan juga ibu bapa kita sendiri. Pesan saya.. “Ingatlah hidup mesti diteruskan dan bukan untuk diratapi”. Kepada kawan saya tu good luck ye.. Sekian

Bila baca artikel nie...aku teringat pulak masa aku nak lupekan seseorang dulu...memanglah sedih sangat...sakit jiwa sangat....tapi, cara yang paling baik yang aku gunakan untuk lupakan dia ialah dengan cara aku ingat balik camne saat-saat dia tinggalkan aku dulu....itu membuatkan aku lebih cepat benci kat dia....hehehe...habis dah..

Jumaat, 17 Jun 2011

Kesian Aku Tengok...

Ini sebenaunyer citer pagi tadi...dalam perjalanan nak g keje...aku dengarlah siaran 'lepas geram' di SINAR FM...Cerita dia cmnie..sorang pendengar nie namanya Nurul (memang nama sebenar)...bagitau..dia dah berkahwin 4 tahun lepass...xde anak lagik...Skrg nie dia duduk dengan mak mertua dia sebab hushben dia sambung belajar...Yang sedihnya dia bagitau, bapak mertua dia sekarang menghidap penyakit stroke dan kakak ipar dia yang dok seghumah dengan dia plak baru potong kaki coz kene kencing manis..
Nurul nie rasa GERAM sangat (bukan geram tapi sedih sangat sebenarnyer..aku dapat rasakan) sebab keluarga suami dia x pernah ambik tau langsung pasal family dia..mak mertua dia memanglah baik...
Hari-hari balik kerja Si Nurul kene g hospital..nak uruskan bapa mertua...dengan kakak ipar lagik...sapa yang boleh tahan...sampaikan nak balik umah mak dia sendiri pun xde masa...
Jadi, kita nie yang hidup selesa tanpa sebarang dugaan kenelah bersyukur sangat-sangat kepada Allah kerana tidak ditimpa ujian yang mencabar tue..
Untuk Si Nurul...aku harap dia dapat bersabar walaupun dah x sanggup nak menerimanya...Semoga Allah memberikan kesabaran yang tinggi pada diri dia..Insya Allah..ada hikmah disebaliknyerr..
*Andaikata suatu hari nanti aku akan alami perkara yang sama mcm dia...Cmne eakkk??

Khamis, 16 Jun 2011

Safari World...A' Famosa

Errm...Ahad lepas, aku dgn hushben aku g bawak anak aku si Firdaus dan baby Fariezal ke Safari World...A' Famosa. Aku ucapkan banyak-banyaklah time kasih kat my boss...(Mr. Z) coz dia sudi bagi tiket free kat akuu...hehehe walaupun untuk Firdaus aku kene bayar sendiri...
Sebenaunyer...Mr. Z bagi aku dengan tiket mandi kat Water World sekali..tapi, aku cadang nak g minggu nie plak..yelah..aritue x cukup masa aku nak pegi..best sangat...Sampaikan hushben aku x g keje malam tue coz penat sgt nak dukung baby Fariezal tue...
Firdaus sibuk sangat nak bagi ayam makan...Pandai anak ibuu..
Cepatlah abang...terkial-kial betullah...
Ibu...abang picit ayam nie eahhh....JANGAN!!!
Kesian baby Fariezal...penat eah baby...
My hushben dgn anak-anakku..Kesian kat ayah...
Erm..x pandai betul Firdaus nie amik gambar..
Kalu korang ada anak..aku cadangkan korang bwklah anak korang ke sana..berbaloi-baloi..lebih-lebih lagik kalu dpt tiket fre..kuikuikui...
*errmmm.. x sabar rsnya nak g mandi minggu nie...

Belajau buat blog..

First sekali aku nak citer cmne aku leh pandai buat blog nie...hehehe..mekacih bebanyak kat Cik@Puan Aziey sebab ajo aku cara cmne nak buat blog..memanglah ader kt internet cara2nyer..tp aku lebih suke kalu org ajau...xyah nak pusing2...
Sekarang nak dh tauler sesikit cmner nak cantikkan blog aku nie...Thanks sekali lagik kat Cik@Puan Aziey...
Lepas nie, kalu korang berminat...rerajinlah jenguk kat blog aku nie...kalu xnak xperrr...janji rock...hehehe..

Inilah dia orang yang ajo aku...Azizah..