Selamat tengahari semua...ekekeke..
waktu lunch ni sedap mata kalau tido..tapi sebelum tu biar aku hupdated citer dulu...
cerita pasal perkembangan ruang permainan anak aku ni..
alaaaaa...ada sedikit penambahan dan perkongsian yang x perlukan modal yang banyak..mihmihmih
Nielah sekarang gambaran terkini ruang permainan anak2 aku..
x banyak pun perubahan..cume yang macam aku cakapkan dulu..
aku dah letakkan artcard yang aku beli masa Karnival Pendidikan 2014 Negeri Melaka...
dah sebulan lebih beli baru aku ada masa nak menampal tau..
dah sebulan lebih beli baru aku ada masa nak menampal tau..
bukan main excited lagik si Fariezal tengok bila aku menampal..sama2 dengan abang dia tolong aku letakkan double sided tape..
Lagik satu..aku dah buat penambahan kotak..hehehe..kotak lebih yang kawan opis sebelah aku bagitu..
pembalut aku beli kat mr DIY jer..
label pun aku dah siap buat..hehehe..label satu rumah semua seragam..hanya saiz dan warna yang membezakan..hahaha
dalam kotak tu aku dah siap asingkan mainan ikut kategori..
yang besar2 aku letak dalam tong strawberi tu..ape ntah nama dia..
Nie antara yang aku dah siap asingkan...
kalau Fariezal dah selesai main..aku minta tolong Firdaus tolong simpankan ikut kategori..
nasibla abang Firdaus rajin..
mesti korang tertanya2kan nape aku x balutkan kotak yang bahagian dalam ni..
yelah ni kotak mainan jer pun...xde effect pun pada mainan
kalau kotak pakaian tu memanglah aku kena balut bahagian dalam dia supaya habuk pada kotak x melekat pada pakaian..
kalau ikutkan memang boleh jer nak balut bahagian dalam kotak ni..
cuma aku memang malasss...hahaha..
lagipun pembalut dah x cukup masa ni tambah pulak dengan rasa excitednyer aku nak siapkan cepat..bahahaha
jadi....korang abaikan jelah yerk...muehehehe
ni plak sebenarnya bahagian sebelah tempat mainan ni..satu ruang yang sama..
cume aku selalu lebihkan gambar bahagian mainan jer..
sampai lupe nak ceritakan bahagian ni..sebelum2 ni pun x pernah tunjuk gambar..
tapi aku pernah sebutlah pasal tempat tengok dvd ni...ekekeke
ha...ni almari yang mak angkat aku bagi..
buat letak tempat tv lama..untuk anak2 tengok dvd..
ataupun untuk aku bukak ceramah agama pagi2..lepas bangun tido..
senyapkan pepagi..jadi lepas bangun terus on tv..
haaaa..senanglah nak kejutkan yang lain..kekadang tu x sempat gak nak bukak..hahaha
dalam lemari ni aku simpan semua frame2 gambar lama..
hadiah2 sukan Firdaus dan encik suami...
kereta control Firdaus...buat perhiasan..tapi boleh guna lagik sebenarnya...
aku letakkan jugak anugerah2 yang aku dapat masa koje..
x danlah nak letak kat bahagian bawah...nampak riakle pulak kannnn....kekeke
Kapal Titanic niadalah hasil puzzle yang dibina oleh Firdaus..bersungguh2 tau dia nak siapkan..
penuh kesabaran tu nak buat..aku beli kat mr DIY jerk..RM4.90...
aku cam nak beli lagik sebab boleh bagi Firdaus buat lagik..
biar dia jadik lebih kreatif dan fokus dengan tugasan..hahaha
letak atas tv sebab takut Fariezal cabut2kan balik..hihihi
bahagian sini pulak aku letakkan dvd player dan jugak sedikit bahan bacaan..
nampak sangatkan aku xsuke membaca..hahaha
sikit jer buku yang dibeli..
tu pun x khatam baca lagik kan..teruk betul aku ni..muehehehe
Taraaa...ni pulak gambaran dalam khemah anak aku..hehehe..banyak sangat bears..
macam anak pompuan dah..sebenarnye ibu dia yang lebih2..
suka sangat dengan patung..tu yang susun cantik2..
ada jugak patung asal tu dalam kereta aku..
tapi sekarang dah bosan..angkut semua letak dalam ni..SAYA SUKA PATUNG KATAK...
ni buku2 Fariezal..adalah penambahan sikit...
sebenarnye banyak..tapi habis dikoyakkanyer...
kebanyakkan buku mewarna dengan buku menulis ABC..
habis warna dia koyakkan sehelai2..aishhhhh
ni jelah yang tinggal..kuikuikui
Sebenarnye selepas beberape bulan aku dah menggunakan ruang ni sebagai ruang permainan anak2 aku...
aku rasa tempat yang aku sediakan ni memang bermanafaat betul
yelah..sebelum ni kalau sedare mare datang budak2 semua dah lepak kat ruang ni bermainan...
kitaorang mak bapak ni sibuk berborak kat bawah..
tu sebenarnyer tujuan aku wujudkan tempat ni..
supaya x mengganggu kitaorang yang sedang berbual..hahaha
yang kecik2 mak bapak sila pantau
kadang2 kawan Fariezal pun ada datang kat rumah dan aku suruh dia main kat ruang ni..
suka atilah nak main mak2 ke..cikgu2 ke..kikiki
yang penting jangan masuk dalam bilik...
main kat sini jerr...ada faham...dan lepas main WAJIB kemassss..
jadi x sia2lah kan aku buat ruang ni...yeahhhhhh!!!!
ha...dah habis dah cerita pasal perkembangan ruang permainan anak2 aku ni..
korang macam mane pulak....