Isnin, 25 April 2016

Baju Raya..Tema Raya..

As salam semua
hikhikhik
baca tajuk aku.. mesti korang dah dapat teka kan
aku nak share pasal tema baju raya tahun ni..

hahahaha..salah!!!
sebenarnya nak share pasal baju raya aku tahun lepas
walaupun korang cakap dah basi aku tetap nak share jugak
nak jadikan kenang2an kannn

dulu x sempat nak share...

macam biasa setiap tahun encik suami aku ni memang x suka nak membazir
kalau untuk anak bini dia xpe..

oleh itu, seperti biasa baju raya dia recycle baju raya tahun2 sebelumnya..
aku dengan anak2 jelah yang baru
alaaa..aku pun buat baju simple je
yang boleh pakai buat g keje
tahan lasak dan yang penting xyah gosok..
hehehe

nie kat bawah ni gambar kenangan raya tahun lepas 2015
raya kat umah mak aku
kali nie x pergi pun amik gambar kat kedai
asyik gambar berempat je kann
lainlah kalau bertambah umatnya..kikiki

selamat menjamu mata
nielah keluarga kecil aku..
tema raya tahun nie pun xpikir lagik..
ingat nak paksa encik suami beli baju tahun nie
nak muntah dah tengok 2-3 sekali guna baju yang sama..
wahahaha...








Khamis, 21 April 2016

Renovation Bahagian Porch Kereta....

As salam semua
haaa..dulu aku pernah share ruang porch kereta aku nie kan..
ruang yang banyak aku tanam pokok
masa tu xde hasil lagik nak buat renovation

dapat je beli rumah terus pikir nak cat sahaja
maklumlah masa tu duit dah kuar banyak macam air terjun
weihihihihi

alhamdulillah
bila ada peluang nak renovation nie
aku buatlah sekali harung
buat dapur yang simple aje
sambungkan sekali ruang porch kereta ni

memang asal xnak sambung sebab nanti akan jadi gelap
tapi bila dah lelama
musim hujan selalu
asyik tempias kat bahagian kereta
lebih2 lagik bila waktu pagi nak hantar bebudak ke sekolah
erm..lencun Firdaus nak bukak pintu pagar

nielah gupe masa belum renovate
masa baru siap cat


alaa..aku renovate biasa2 je
janji bertutup
nanti nak kumpul duit pasang auto gate pulak
kikiki..

ko tengok perangai aku
lepas nak nie..nak nie..pastu nak nie
sakit je hati encik suami tengok

elehh...kata rumahku syurgaku kannn..
muehehehe

aku buat design macam jiran sebelah je
sebijik sebijot..
aku pulak memang sukakan kayu2 nie
warna2 kayu..perabot ala2 kayu
wahahaha

tengok jelah gambar lepas renovation kat bawah ni..
masa ni lum siap cat..
skrg dah siap cat semua tapi lum sempat amik gambonye
nanti aku share sebab skrg dah letak semula pokok2 bunga
menawanlah sikit kannn...




lepas renovate ni haritue
pakcik tukang tu soh aku beli cat
dia nak touch up le balik yg kotor2 tu kann

oleh sebab aku x berkenan tengok kualiti dia mengecat kat bahagian dapur
aku cakap je
xpe pakcik..nanti kitaorg cat sendiri..ngehehehe

bolehhh..
ok bye

Rabu, 20 April 2016

Rindu Kat Ros Jepun...

As salam..
ngehehehe..

dah lama dah gambar pokok2 ros jepun aku terbiar kt dalam komputer ni
pokok pun dah xde kat rumah

yelah haritu masa renovate rumah
semua pokok2 aku g sedekah kat mak2 sedara
separuh g hantar umah mak aku
takut dijahanamkan oleh pekerja2 tu karang..
 pokok delima aku habis dihempap oleh kayu2 tau
geram jee

nie sekarang encik suami sibuk soh aku tanam semula
adoii..musim panas kan...
lemah aku
dia cakap dia suka tengok..
meriah kau..

nie kat bawah nie gambar masa pokok ros jepun aku tengah merimbun
sebab dulu busy sangat x sempat nak hupdated..
kikiki












alahai..
rindunye
bila nak mulakan nie....

adoiii..

Isnin, 4 April 2016

Pemasangan Kabinet Dapur...

As salam..
hahaha

aku kan memang cakap terus teranglah kan..
masa nak renovate rumah nie
xdepun dengan encik suami ni nak g survey2
baik dari segi nak cari tukang ke..kontraktor ke
erm..
aku main hentam jelah janji sambung
tulah bila dah malaskannnn
aku kalu ajak encik suami pun..
dia asyik keje..je

itu pun nasiblah aku intai2 deko korang kat blog atau fb
dapatlah idea sesikit
kalu x lagi le teruk design umah aku ni

ape2 nak beli barang pun semua aku serahkan kat tukang..
yang penting aku bagitau dia aku nak mcm mane
aku wasab le kat dia gambar

konon nak g beli sendiri tile..
haram...semua tukang yang beli..kikiki

nasiblah tukang ni kawan abah aku
kira bolehlah dipercayai
walaupun ada sesikit yang dia x ikut ape yang aku nak..
erm...spoil betullah
xpelah...pikir positif..tenagkan jiwa
nasiblah dia dh bagi diskaun banyak kat aku...
muehehehe

eah..korang kalau nak tau
masa aku renovate umah nie..
satu hari pun kitaorg xpernah cuti keje
diaorang siapkan dalam tempoh 3 minggu..
aku percayakan aje kat tukang ni
kawan abah aku kan..
pekerja semua ada 5 org

alhamdulillah..memang boleh dipercayai
balik koje..tengok rumah dah siap bersih dan sapukan
pagi2 aku nak pegi koje aku hanya siapkan buat air dan belikan roti dgn biskut
kekadang tu aku belikan kek..kekeke
air 100 plus memang encik suami beli satu carton setiap minggu..
kesian..dah le buat keje panas2
hari2 balik keje pun aku topupkan ais..pandailah diaorg nak buat air sendiri kalu nak yg sejuk...

kat bawah nie adalah aku design sendiri bentuk kabinet yang aku nak
tu pun korek idea dari fb group DRSK..
tapi oleh kerana budget aku yang ciput nie
ada jugaklah yang aku removekan
tunggu tambah duit baru boleh buat



yelah..masa survey kt group DRSK tu..
aku memang nak buat jenis yang murah je
ala...yg melamine tu..xde pun jenis aluminium

tulah..malas nak survey kontraktor kan
aku tanya je pakcik tukang tu kalu ada kenal org yang buat kabinet
dia pun kenalkan kawan dia

yang dia kenalkan ni
bukan buat kabinet yang murah2
dia ckp org dh x guna melamine ni
semua katalog dia mahal2 ko..
terdiam aku...
abis aku deal punya deal..
dia bagi best price untuk yang aku nak nie..
ada beberapa bahagian aku removekan dari yang asal aku nak le kan
memang la kalu ikutkan dah murah sangat tu..
tapi dah over budget..
bukan banyak duit pun..
aku dapat harga RM4200 untuk kabinet aku ni
nak moden kan..ni jenis kayu material glossy arcyclic
x taulah bagi korang mahal ke tak..
sob..sob..sob..
kalu ikutkan nak sambung penuh
dalam RM6+++...tapi x cukup duit..hahaha
pastu ngigal2 nak buat jugak
xpe..tauke tu ckp nanti nak buat lagi panggil dia..
boleh tambah...

nielah rupa dia yerk..hihihi







haaaa..inilah rupanya..
alhamdulillah..cukup bahagia..kikiki

belum sempat nak deko2 sangat...
kalu boleh xnak benda yang tergantung banyak sangat..semua aku nak sumbat dalam laci..hihihi

ok..nanti sambung lagi..bye

Jumaat, 1 April 2016

Renovation aka Perbesakkan Dapur...

As salam semua..
dah lama x cerita pasal deko2 rumah..

nie nak share pasal awal tahun aritu.....
aku ada buat sikit renovasi kat bahagian dapur dan depan rumah
ala aku kan pernah cerita yang dapur aku tu sempit..
nie ha..ko tengok


memang pada mulanya belum ada hajat lagik nak sambung
tapi disebabkan oleh tingkap bilik bawah bahagian belakang tu dah reput
kesan anai2 yang ditinggalkan oleh tuan lama..
tu yang nak xnak terpaksalah buat jugak..
meleleh air hidung nak kuarkan duit..

bila hujan je air masuk kat dalam rumah..
pastu yang reput2 tu runtuh sesikit masuk dalam bilik
aku memang x gemarlah nak tengok reput2 yang jatuh tu kannn

nielah ruang dapur yang aku nak tambah tue..
ya Allah..berkarat..
aku memang x minat nak sental2 ni..ngehehehe


maknanya bahagian dapur.. aku pecahkan sambung terus ke pagar ni...
aku pulak memang xde planning la nak buat lawa2 sangat..
janji dapat sambung pun dah syukur..
nak design lawa2 sangat kang..duit pun banyak nak kuar..
hahaha..

gambar masa renovation aku x ambik..
xde napsu masa tu nak ambik..hahaha
lupa sebenarnya..
jadi aku share gambar yang dah siap jelah yerk...
hihihi

  
atas nie gambar bahagian masak dan sinki..korang kalau perasaan aku x buat tingkap langsung pun..
hahaha..
saje je sebab aku xnak kotor nanti kat bahagian tingkap sinki bila membasuh..
lagipun ianya bersebelahan dengan pintu keluar
aku pun ada pasang kipas kat situ
memang x panas pun..
alaaa..bukan selalu masak pun kannn


atas ni pulak bahagian laundry area..
belum sempat deko lagik..
nantilah bila dah deko cantik2 aku sharekan bahagian nie yea..

ok..tu je nak share
nanti aku sambung lagi cerita pasal pasang kabinet
owhh..lupa ni aku guna tukang kampung je
kawan abah aku..
ngeh..dapatlah harga diskaun sikit..
hihihi

bye