Rabu, 21 Mac 2012

Berkatkan Duit...

Semalam dapat balik awal sebab nak kene pergi sekolah Firdaus untuk ambil duit bantuan yuran persekolahan pelajar Tahun Satu..RM100...

Petang ambil Firdaus dari Sekolah Agama dan terus bawak dia pergi ke JJ Baru...untuk beli buku bacaan..


Sebenarnyer..aku nak pujuk anak aku nie sebab...masa ari Isnin aritue..ayah dia dah rotan dia....yelah, dia bagitau kitaorang yang dia akan ditukarkan ke kelas yang kedua..apalagi aku pun naik beranglah...suami aku terus rotan dia..memang kitaorang nie ibubapa yang gilerlah..Esoknyer aku terus menelefon Guru Kelas dia iaitu Puan Zarina..dia memaklumkan bahawa Firdaus tiada sebarang masalah pembelajaran..cuma pembacaan dia x terlalu lancar seperti budak lain..jadi, dia akan ditumpangkan di kelas yang kedua untuk diajar sama level dengan tahap pembelajaran dia...
Tue yang aku rasa serba salah..dan salah satu cara nak minta maaf kat anak aku ialah aku bawak dia beli buku yang dia suker dan belanjer dia makan KFC..aku jugak beli buku yang Cikgu dia cadangkan..xpelah..keluar duit lebih sikit janji anak aku dapat pelajaran yang secukupnyer..Kalu ikutkan ati aku nie..nak ajer aku hantar dia g tuisyen..
 Firdaus terpaksa tukar baju dalam kereta sebab aku ambil dia dari sekolah terus g JJ
Nie adalah koleksi buku yang aku beli untuk Firdaus..semuanya RM70.05...Untuk Si Baby Farizal aku belikan dia buku binatang..bukan main suker lagik..nak pinjam tengok pun dia x bagi...
...sedih sangat biler tengok muke anak2 aku nie..memang kejam betullah aku nie....ngehhh..

Selasa, 20 Mac 2012

Percutian Di Cameron Highlands..

Betapa seronok dan gembiranya aku bila dapat bercuti bersama-sama keluarga dan ibu mertuaku. Seperti biasa..memang sudah menjadi aktiviti tahunan kami untuk menghabiskan masa bersama-sama keluarga untuk bercuti. Kali nie..aku dan hushben bercadang membawa ibu mertuaku sekali memandangkan dia keseorangan kerana bapa mertuaku sudah tiada lagi...
Kami bertolak pada 14 Mac 2012 jam 2.30 pagi..itupun dari rumah mertuaku di Jasin. Aku dan hushben bertolak dari rumah jam 10.00 malam dan tiba di rumah mertua...kitaorang tido dulu sebab hushben aku baru balik dari kerja shift pagi...
Kami sekeluarga tiba di hentian Tapah betul2 waktu subuh...Kitaorang bersolat dan terus sarapan pagi...Mula gerak dari Tapah jam 8.00 pagi...
Kami menggunakan laluan Tapah untuk naik ke Cameron Highlands...Nasib baiklah kami gerak pagi2 sebab memang jalan clear...x sibuk pun...Kalu korang nak tau..jalan yang aku lalu tu ada banyak yang dah berlaku tanah runtuh..kebanyakkan jalan dah tinggal sebelah bahagian sahaja..masa aku lalu tue...banyak jalan yang sedang dibaiki...Mujur tak ade apa2 yang berlaku waktu tue...Syukur Alhamdulillah...

Sepanjang perjalanan.. kitaorang sempatlah singgah di Hutan Lipur Lata Iskandar untuk bergambar..yelah, xkan nak mandi waktu pagi2 nie..sejuk sangat...

Selesai amik gambar kitaorg terus naik dan singgah di kawasan Teh Valley..Ya Allah..sejuk sangat..aku x sanggup nak turun....hushben aku yang seronok sangat dengan anak aku...tangga kat situ pun tinggi sangat..takut mak mertua aku jatuh..jadi aku temankan dia ajer kat atas.. 

Selepas tue..kita terus bergerak ke Tanah Rata untuk pergi ke MARDI..tempat yang dicadangkan oleh rakan sekerja aku Dak Piz...memang berbaloi-baloi gak aku dapat pergi kat situ..Masuk bayar RM3 sahaja...

Mak mertua aku terlalu teruja bila dia tengok bunga-bunga dan sayur-sayuran yang bergelimpangan kat MARDI...mak mertua aku nak sangat beli dan bawak balik ke sini...tapi, aku x kasi coz kitaorangkan nak g Kelantan dan Terengganu lepas tue...ade plak kojol nanti pokok tue...x apelah, aku bagitau mak mertuaku lain kali kita pergi kita beli yea mak....

 
 
 
Selepas puas bergambar..kitaorang pun mula bergerak ke Brinchang untuk check in hotel yang telah aku booking... Aku booking hotel 1 ari sebelum nak pergi..just col ajer..dia x perlu nak bayar deposit pun..hotel budget ajer...hanya RM 158/malam. Okaylah....kan...bukannyer nak honeymoon pun....

Tapi, ingatlah kalu dah dok kat hotel budget nie, sabun dan ubat gigi semua kene sediakan sendiri..tuala memanglah disediakan..kalu lupa nak bawak pun..kat bawah hotel ini ada Pasaraya Jimat yang korang bleh beli..sama jer harga macam kat tempat kitew... 
Lepas jer check in..kitaorang makan ..

solat dan terus gedebommmm..........tido...uhhhh..sejuknyer...
Dalam kul 4.30 petang kitaorang dah mula gerak g kat Cactus Valley....x bleh nak bayangkan betapa sejuknyer masa tue... 
Mak mertua aku sempat gak beli bunga cactus dan pasu dia sekali...aku hanya syok ambik gambar jerk...yelah, aku bukannyer ada umah sendiri pun nak tanam pokok.......

 
Lepas selesai melayan bunga-bunga dan kaktus...kitaorang terus g ke Strawberry dan Mushroom Valley...
Kat sini aku dapatlah tengok cmne cendawan ditanam...bau dia memanglah busuk yang amat..bau cendawan..x ingat.....

Disamping tue, sempatlah jugak aku membeli sayur2 cendawan, timun, labu air dan macam2 lagiklah...mak mertua aku pun sempat gak bershopping coklat dan gegula untuk cucu2 dia...


Selesai berjalan..kitaorang terus tuju ke Pasar Malam Brinchang yang memang dinanti2kan oleh semua orang biler berkunjung ke Cameron Highlands nie..aku x sempat lak nak amik gambarnyer...sebab dah teruja sangat nak bershopping..hushben aku berhentikan aku kat tepi jalan dan dia terus g carik parking dulu...
Dukacita yang amat sebab parking xder..jadi hushben aku hanya dok dalam kereta sehingga aku selesai membeli belah..tangan aku nie macam dah nak patah..bawak barang banyak2..mana xnyer..aku beli jagung, patung strawberry 7 biji..makanan...strawberry...cendawan goreng, brokoli goreng, nasi kerabu, nasi kukus, mee tiaw goreng dan yang paling best aku dapat beli udang goreng tepung yang besar tue...memang popular sangatlah kat sana...

Aku  x sempat nak round habis sebab dah x cukup tangan..kitaorang terus balik hotel dan makan...
Masa makan..aku citer lah kat hushben aku yang ada lagik barang yang aku geram kat situ... tapi x sempat nak beli...memang hushben aku nie yang paling bestlah sebab dia kata...xpe, lepas anak2 tido kita g lagik berdua jer..mak pun dah penat...yeahhhhh!!!terima kasih sayang...
apelagi..aku dah macam cerita Azura lah plak berjalan berdua2an bersama hushben aku..beli jagung sebatang makan 2 orang sambil berjalan...berpegangan tangan dan berpelukan..wah romantik sangat...
Aku pun sambung membeli aper yang aku suka..hushben aku cam biasalah melayan karenah aku yang suka bershopping nie...
Sayang awak sangat2!!! 
Lepas tue kitaorang g jejalan kat kawasan Brinchang..lepak kat kedai untuk minum dulu...
Pastu barulah balik hotel..dan terus tido....
Esoknyer..lepas hushben aku belikan sarapan..kitaorang minum dan berkemas...terus check out hotel dan gerak ke pasar pagi yang menjual pelbagai sayuran, buah-buahan, souvenier dan macam2lah...

Aku pun belilah barang2 yang nak diberikan kepada kengkawan untuk dijadikan buah tangan...abg sepupu aku ader bagitau pasal white coffee dan teh tarik strawberry..jadi aku pun beli untuk dijadikan buah tangan untuk mak aku..best gak..tapi aku x suker rasanyer..macam kek apollo perasa strawberry...

Aku beli gak yang paling special koko jelly strawberry...memang mahal..aku dapat bagi kengkawan aku sorang 2 biji jer..yelah untuk anak2 buah nak bagi gak....janji diaorang dapat rasa...Untuk kengkawan baik hushben aku..kitaorang belikan set jeruk kering sebagai buah tangan...
Lepas selesai membeli-belah...kitaorang terus pergi ke Taman Rama-Rama dan Serangga...anak2 aku teruja sangat sebab dapat tengok rama-rama yang banyak..

Firdaus sebuk nak mengambil gambar rama-rama dan kumbang..geli aku..aku lepak jer dengan mak mertua aku yang dah sakit kaki nak turun tangga...kitaorang x sempat nak pergi ke Taman Rama-Rama dan Bee Farm yang lagik satu sebab hushben aku dah penat sangat nak dokong Si Baby Fariezal..dia memang x tau duduk diam..asyik nak jalan sendiri..xpelah, dulu pun kita dah pernah masuk masa Firdaus kecik2 dulu...
Kitaorang pun terus turun melalui jalan ke Gua Musang untuk ke Kelantan..sepanjang perjalanan kitaorang sempat singgah di kawasan kedai2 menjual buah-buahan dan makanan goreng2...aku beli keledek rebus, jagung rebus, strawberry celup coklat, brokoli goreng tepung dan cendawan goreng tepung untuk dimakan dalam perjalanan....

Erm...itulah pengalaman manis kitaorang sewaktu bercuti di Cameron Highlands..nantikan cerita aku bercuti ke Kelantan dan Terengganu plak yea....

Gemokkk???!!!


Gemuk  atau dalam ertikata mempunyai berat badan yang berlebihan bukan sahaja akan merubahkan penampilan diri dan berasa kurang keyakinan tentang penampilan diri dikhlayak ramai. Terlalu gemuk dan mempunyai berat badan berlebihan sering menjadi bahan sindiran dan ejekan masyarakat.
Gemuk disebabkan oleh gaya hidup dan pemakanan yang tidak seimbang sejak daripada lahir lagi. Faktor ini adalah faktor yang terbanyak sekali. Gemuk disebabkan keturunan adalah kurang dibandingkan gemuk disebabkan gaya pemakanan yang tidak sihat. Makanan yang tidak seimbang ditambah dengan nafsu makan yang membuak-buak menyebabkan perkara ini sudah menjadi kebiasaan bagi mereka yang mempunyai bentuk tubuh yang berlebihan berat badan.
Ada juga gemuk  disebabkan pengambilan ubat-ubatan seperti pil hormon dan sebagainya. Oleh itu dalam menangani masalah ini apa yang patut dilakukan oleh anda adalah mengambil makanan seimbang. Bagi mereka yang sukar menurunkan berat badan serta mempunyai lemak tepu haruslah selain daripada berdiet, bersenam, anda juga harus mengambil L Carnitine untuk membakar lemak-lemak yang terkumpul dalam badan. L Carnitine sudah terbukti berkesan menurunkan berat badan dengan menukarkan lemak di tubuh badan kita kepada tenaga. Oleh itu pengambilan L - Carnitine dapat membentuk berat badan anda kepada berat ideal.
L- Carnitine juga dapat menjaga kesihatan jantung anda dengan membuang lemak-lemak jahat dan tepu yang berkemungkinan besar terkumpul dalam salur darah. Pernahkah anda telah mencuba pelbagai jenis ubat kurus tetapi usaha anda masih gagal. Ini disebabkan anda mempunyai jenis lemak yang sukar untuk dibakar oleh itu L Carnitine membantu membakar lemak tepu terutama dibahagian yang sukar untuk dibuang sepeti perut, punggung, peha dan sebagainya. Pengambilan L- Carnitine juga seharusnya disertakan dengan senaman ringan bagi menambah keberkesanannya.
Mempunyai bentuk badan yang menarik dan ideal bukan sahaja diimpikan oleh wanita tetapi juga lelaki juga. Oleh itu, bermula daripada sekarang ,marilah kita mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersenam dan makan makanan seimbang.
Jom kita cari L Carnitine....