Khamis, 30 April 2015

Cara Simpan Plastik Bag Terpakai...

As salam semua
semoga semuanya berada dalam sejahtera
hehehe

hampir sebulan dah aku x updated blog
dan hampir 3 minggu jugaklah aku x dapat bekerja
x sihat..mendapat ujian daripada Allah
aku redha
mungkin ada hikmah disebaliknya
huhuhu
sedihhh..sob..sob..sob..

alhamdulillah..Allah bagi peluang untuk sihat
minggu ni aku dah start keje
tapi mood nak menaip tu x datang lagik..
arini sebab nak cuti lama sikit
aku merajinkan diri untuk menaip jugakkk

aku nak share kat korang camne aku simpan plastik beg terpakai aku nie
termasuklah plastik sampah aku..
huhuhu

benda ni aku buat Ahad lepas..
dok lepak2 tengok tv dengan bebudak
aku buat keje nie..Firdaus pun tolong aku buat sekali

kat bawah nie lah rupa laundry area aku
hohoho..
belakang rumah aku nie ada sedikit kawasan yang bersimen dalam saiz 7 kaki
aku gunakan sebagai tempat membasuh dan mengampai pakaian
aku cuma pasang awning je kat belakang ni
tu pun separuh je
ngam2 tok elakkan laundry area ni basah..
yang sebelah lagik memang sengaja x pasang untuk ampai pakaian
nanti ada duit lebih baru boleh renovate betul2

 
tulah almari yang mak angkat aku bagi yang pernah aku cakap dulu
alaaa..yang aku gantikan dengan almari dapur yang baru tue..
dalam nie aku letakkan semua tipuware dan tupperware aku nie
periuk belanga dan juga kuali aku sumbatkan
aku x suka benda gantung2 sangat ni..
sory x ambil gambar penuh
segan..orang belakang tengah masak..kekekeke


untuk mengelakkan air basuhan baju melimpah kat lantai
encik suami pasang sendiri tempat salur air ni
hehehe..kreatif tak..
kemas dan air pun x melimpah keluar kat rumah aku dengan rumah jiran

nie pulak tempat aku gantungkan mop, pengaup sampah dan juga plastik bag terpakai
x senonoh je rupa dia kan...


semua plastik bag terpakai aku sumbat dalam beg nie semenjak pindah dulu
dah nak masuk 2 tahun kauuu
palstik sampah pun sama aku perukk kann
sampai kembung dibuatnya
hehehe
 

aku memang dah baca kat blog korang cara macam mane nak simpan plastik bag terpakai nie
dan aku jugak dah beli lama sebenarnya benda alah ni..
xde lah lama sangat..dalam 3 bulan gitteww
beli kat cosway jerr pun..
bila aritu rasa rajin tue datang
aku mulakan projek..


projek asingkan semua plastik dan lipat comel2
Firdaus pun tolong lipat..
lipat sama saiz tau supaya senang nak simpan..
standard je..tapi ko sendiri kena ingat mane yang besar dan kecik
 

 dah siap semua baru boleh susun..
jenuh gak aku melipat..
plastik sampah je 30 keping..
haaaa...buat sikit2..
ada lagik 2 kampit aku beli plastik sampah x lipat
x laratttt


dah siap susun..terus gantung
ahaaaa..baru sedap mata aku tengok
jiran belakang pun sedap mata memandang bila memasak
aku tau..dia selalu jenguk aku nie..
hehehe
 

nie pandangan dekat..
aku letakkan bahagian zip pada plastik sampah..
senang kalau nak suruh Firdaus ambil pun nanti dia terus buka zip tu aaje..
kalu x habislah nanti dia rombak semua plastik nie balik..
mampuss aku nak kemas balik..
kekeke
ok bye
selamat bercuti..
mesti macam2 projek nak buatkan..