Agagaga..
hahaha...as salam semua..
penat badan x habis lagik ni..
setiap minggu masih ada lagik tetamu yang sudi mengunjungi Syurga Firdausi kami..hari Sabtu haritu kawan tempat kerja lama datang..cam biasa aku main masak2..bagi diaorang makan tengahari..
malam pulak pergi beraya kat rumah geng gonjeng aku..balik sampai rumah kul 11.30 malam...
encik suami x ikut sebab dia kerja malam masa tu...
semalam pulak, ahad..mak mertua..ipar duai..beras dan mak saudara beserta nenek mertua datang beraya kat rumah aku..
main lagik masak2...nasi lemak, sambal bilis, rendang kerang dan bihun soto..
malam pulak kawan encik suami dalam 7 orang datang beraya..aku bagi makan bihun soto gak..
pastu ada lebih aku soh kakak dengan adik aku datang makan..hihihi
dalam pada masa yang sama sempat gak aku beraya kat rumah jiran sebelah..dia buat makan2..
alaaaa..lepas maghrib sebelum diaorang datang aku pergi kejappp..huhuhu
Aku sebenarnye nak cerita pasal Jamuan Raya yang jabatan aku buat malam Sabtu yang lepas..macam biasa setiap tahun akan diadakan di tempat yang sama di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka, Bukit Katil...
Setiap sektor perlu sediakan menu yang telah ditetapkan dan macam biasa setiap tahun menu sektor aku ialah bubur chacha dan juga soto..tapi tahun ni kitaorang degil sikit..xnak buat bubur..kitaorang hanya buat soto ajer..
oleh kerana kitaorang ni x ramai..nak collect duit pun masih x cukup nak tender orang untuk masak..
macam biasa memang kena masak sendiri untuk jimat tapi di rumah member kitaorangla..sebab mak dia memang otai bab2 masak ni...kitaorang tolong dan bagilah mak member ni upah penat..kikiki
ni aku kongsikan pada korang booth yang kitaorang sediakan untuk malam tu..
booth kitaorang ni x sehebat booth2 yang lain..xde rende2..pakai daun kelapa ajer..semua deko2 sendiri jerk...
nilah gupe bihun dan nasi soto kitaorang..nyum2..buat untuk 200 orang..pukul 9.00 habisss sudah..
yang kitaorang ni pun x merasa..xpe yang penting habis dan diaorang semua seronok...
tambah sedikit prop untuk bergambar..jadi giler buat kerja last minit..heuheuheu..
ni pulak gambar sekitar majlis berlangsung...hahaha
petang..masa baru selesai masak..hantar makanan siap2..suruh budak lelaki jaga..
kitaorang nak balik make up..bahahaha
malam..orang dah mula beratur nak ambil soto..meriah..
Encik Zul dan Encik Ramlan dah standby..hihihi
Efada, Piz dan Kak Su sibuk siapkan soto..
orang dah berebut2..maklumlah..soto terlajak larisss ko..
Encik Syaiful dan Encik Zul sibuk melayan tetamu..silakan...silakan..nak kicap...
ni lepas selesai semua..kitaorang sibuk berselfie bagai..hahaha
kenangan terindah bersama rakan2 sekerja...
lepas penat bekerja kita seronok..
hahaha..boleh jadi giler aku..kekadang bertekak..bergaduh..gelak2...kikiki
ni sempat gak aku selfie dengan family aku...lalalala
ok..bai..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan