Jumaat, 12 Mei 2017

Percutian Bajet Ke Pulau Langkawi...

As salam semua..
hahaha
masih ada lagik ke yang nak baca blog aku ni...
dah lama duduk dendiam berkubur..

adoiii..semenjak dah pindah tempat bertugas baru ni..
busy dia lain macam..
walaupun busy tapi hari2 sangat happy..
bukanlah maksud aku tempat lama x happy..
happy jugak..tapi bila kita dah terlalu selesa dengan sesuatu tempat tu
dengan masa lebih 6 tahun jugak..
aku rasa aku perlukan enviroment yang baru untuk tambahkan lagi semangat bekerja ni
hehehe...

belajar benda baru..
mood kerja baru..
kengkawan yang baru..
tapi kengkawan yang lama x dilupakan
mereka sentiasa di hati..hihihi

ok..ok..
aku sebenarnya nak kongsi pengalaman budget aku g Pulau Langkawi..
cerita dah basi dah pun..
anak2 pun dah besar koo..
cuma sebab aku nak jadikan kenangan untuk anak2
aku terpaksalah ceritakan jugak
jadi korang pun hadap ajelah cerita aku nie yea..

masa ni x silap aku tahun 2013 laaa..bulan April cenggitu
pergi pun sebab salah satu unit kat jabatan aku ni ada buat untuk g Langkawi...
oleh sebab ada tempat kosong lagi..diaorang openlah pada unit yang lain
aku pun bincang dengan encik suami
bila dia kata ok je..aku terus daftar nama..
kitaorang pun memang x pernah pergi
nak cari pengalaman..nanti ada rezeki boleh pergi sendiri..kan
pergi pun 2 hari 1 malam aje...kata budget..budget sangatlah nie
hahaha

malas nak cerita banyak..sebab cerita dah basi
aku kongsikan gambar aje yea..


 seronoknya anak2 dapat naik bas...x tido malam..asyik berdiri tengok keluar ajeee

 Kenangan di Jeti Kuala Perlis..sementara nak tunggu feri tiba..kita mencari sarapan dulu

 bergambar dalam feri sambil mendengar kakak cantik bagi taklimat keselamatan..


sampai2 je terus bergambar kat jeti Langkawi..hehehe

 Sebelum nak naik cable car..aku dah seriau dah nie..

aku dah kecut perut..Firdaus tukang gelak..baby Fariezal dah pucat


sampai atas amikle gambar sekeping dua..pastu aku dah terus ajak turun..rasa mcm nak terbalik dah kepala aku dok kat atas tu...gayat kooo

 bagi makan ikan di tasik buatan...terujanya baby Fariezal dengan abang Firdaus masa nie..

singgah di Kota Mahsuri beli ape yang patut untuk ole2...

singgah tempat beli minyak gamat...
malam tu kitaorang shooping gak kat pasar malam ..
pastu g tempat beli coklat...
tapi x sempat bergambar sebab dah kepenatan sebenarnya..
muka pun dah berminyak..
xyah lah nak amik gambo yea...
hehehe

esok tue sebelum balik bergambar le sekeping kat helang yang jauh nun di sana tu..
nak kejarkan feri..x boleh la nak pegi dekat2
kate..percutian budgetkan..
banyaklah tempat yg x boleh nak pergi..

sampai Jeti Kuala Perlis..kita terus gerak ke Padang Besar
shopping le narita banyak2..
aku sempat gak belikan kereta bajak untuk Fariezal
murah..berbaloi sangat harga dia..
kalau naik kereta memangla x boleh nak bawak..
hihihi

tue jelah cerita aku..
ingat dah x ingat dah nak cerita nie..
nasib ada masa free sikit ni kan..
bolehle hupdated..kahkahkah

tata..

1 ulasan:

Lyana Mansor berkata...

Senang naik bas. Rilex je. Takyah susah2 drive jauh3 kan.