Khamis, 5 Jun 2014

Sudut Istimewa Rumah..

Huhuhu..orang sibuk join aku pun nak join jugak...lalalala
Assalamualaikum..
Sebenarnyer geramkan tempat isi spice tu...mane tau ada rezeki..kekeke..
Kadang2 nilai sesuatu barang tu adalah lebih bernilai jika cara kita terima tu adalah dalam bentuk pemberian atau kemenangan..hahaha..

Terima kasihlah kepada pihak penaja kerana sudi menaja hadiah untuk cabaran bulan Mei dan Jun...


Link penaja: 


Tahniah jugak kepada pemenang yang berjaya nanti..sob..sob..sob..
Aku ni mencuba nasib jerk..hahaha..lalalalala

Berbalik semula kepada tajuk..SUDUT ISTIMEWA RUMAH..memang kalau diikutkan semua bahagian, ruang dan sudut kat rumah aku..menjadi sudut istimewa aku..yelah sebab aku sorang jerk yang mengemas, mengulit dan juga memastikan bahagian, ruang dan sudut tersebut sentiasa maintain kemas walaupun dengan hanya menggunakan perabot dan hiasan mampu beli sahaja...

Tetapi yang memang, yang paling dan juga yang memang memang membuatkan aku teruja nak balik rumah hari2 dan kalau boleh nak berhenti kerja...yang membuatkan segala rasa penat bekerja aku tu hilang adalah disebabkan oleh SUDUT ISTIMEWA ni..hahaha
Sudut di mana bila aku membuka ajer pintu rumah terus tersenyum..puas hati..seronok dan rasa nikmat sangat dengan pemberian Allah...

Sudut di mana boleh menyejukkan mata aku...
Aku nie sebenarnya bukan seorang yang romantik tetapi terlalu suka kepada tumbuh2an terutamanya bunga..x kiralah sama ada bunga hidup atau mati..
angan2 dulu aku nak deko ruang dalam rumah aku ni ala2 taman dalam rumah...ahakssss..
Oleh kerana budget belum mencukupi...sikit2 dulu la yerk..

Sudut istimewa yang aku penuhkan dengan bunga2an yang dibeli dari romantika...semua bunga ni aku yang gubah sendiri...puas hati sebab hasil tangan sendiri yang boleh dilihat hari2 tanpa jemu...
Maaflah kepada yang tidak meminati bunga dan menganggap sudut ini terlalu semak...


Lihat bunga yang aku gubah sendiri ni..matchingkan dengan warna merah, putih, hijau dan sedikit purple...beserta 2 ketul bantal bunga ros yang aku beli di Cameron Hinghlands..Aku gabungkan dengan cat dinding yang bewarna Coffee Bean daripada Sancora..guna cat murah jerk...uhukkks
X taulah nak cakap konsep ape rumah aku ni..ikut sedap mata dan hati jerrr aku ni...

Aku letakkan juga set kayu nyatoh untuk menampakkan sedikit klasik...(klasik kerrr) hahaha...


Meja kecil ni pulak aku hiaskan dengan bunga ros serta labu sayong yang dibeli dari Perak...
Tahu tak kenape aku cakap sudut ini adalah sudut istimewa rumah aku...bukan sebab aku hari2 dok menepek kat sini..baca buku kat sini kerrr...minum2 ker...tapi sebabnye ialah bagi aku apabila kita memasuki rumah...tarikan sudut pertama yang kita lihat atau tengok boleh mengubah segala mood2 negatif dalam diri kita bertukar kepada mood yang lebih baik..itu pun kalau ruang atau sudut yang pertama kita lihat tu menarik la.....hahaha
Tulah sebabnyerrr nape aku cakap sudut ni istimewa...
Aku memang pernah cerita pasal ruang tamu kedua aku nie dahulu..ruang yang memang jarang digunakan dan sentiasa maintain kemas..
Kalau anak2 bermain kat ruang nie pun..diaorang pasti dah tahu perangai aku..selepas main wajib kemas seperti sediakala...WAJIB..
sebab dalam kepala aku sentiasa terfikir kalaulah ada tetamu atau sedara mara dan keluarga yang tetiba datang...sekurang2nya pandangan mata diaorang yang pertama x memeranjatkan diaorang walaupun ruang lain dah bersepah...hahaha
Walaupun masih ada kombinasi yang x berape sesuai...nantilah akan aku ubah sikit demi sedikit...

Nilah secara keseluruhannya SUDUT ISTIMEWA RUMAH aku (abaikan wayar aircond tu yerk.)...
Sudut yang aku anggap macam muzium..hahaha
Sebagai pameran..guna bila ada tetamu yang datang...kalau tak..korang datanglah rumah aku ni hari2 pun..memang tetap maintain keadaannyer macam ni..
harap2 ianya pun akan menjadi sudut istimewa dipandangan mata korang semua..
Sekian...

4 ulasan:

Fizah berkata...

banyak yg menarik minat saya...frame kat dinding dan dekorasi di meja kecil tu antara yang comel..mungkin sbb dia warna putih? hehe. me like white gituuu...;)) yg macam basikal putih tu comel sgttt....pernah nmpk kat rumah sorang blogger...mmg berkenan sgt...btw sy suka keseluruhan ruang...sbb ada warna merah juga...good sharing! =)

SUHAILAH RAMLI berkata...

hihihi..Tq fizah..sebab adanye blog2 susun atur ni dapat memberi idea kepada saya untuk mendeko rumah...x semestinya nak beli yg mahal2 kannnn...basikal putih tu saya beli kat mr diy jer..rm 7.90 rasanyer..berbaloiii..

genuine1224 berkata...

Comey jek bantal bunga tu

SUHAILAH RAMLI berkata...

thanks azziah...tu sy beli kat cameron..setahun beli simpan dalam boxx...pindah rumah baru guna..sayang...anak2 usik pun sy x kasi..kejam kannnn..hahaha