Khamis, 21 Mei 2015

Rumah Mak Aku Pun Ada Pokok Harum Manis...Biar Betul???

As salam korang semua
hehehe
gambar kat bawah ni adalah gambar ehsan dari en google yea..
sory pada empunya sebab x mintak izin ambil..hehehe
sekadar jadi bahan rujukan..




kali nie nak bercerita pasal buah mangga harum manis yang dok sibuk sana sini orang cerita
aku memang x pernah amik port pun..

alaa...mangga je pun..x kisah pun mangga ape..semua aku suka
janji manis dan x masam..
2-3 sekali aku boleh hadappp

minggu lepas bos aku pergi ke Program Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2015
kat Perlis tu diaorang buat..
dia bawak lah balik ole2 mangga harum manis nie...
mahal ko katanya..RM35 sekilo..
telan air liur aku..hehehe

dia bawak opis 3 biji..
kongsi le kami ni makan 12 orang..
oiiii....bukan main manis..sedap bangatttt
meleleh air liurr..kauuuu
hihihi

tapi....tapikannn masa aku potong buah tu aku bau harumlah sangat..
bukan harum cam minyak wangi tu..
tapi harum buah..getah dia tu..syokkk
aku perasan gak..bau dia macam bau buah mangga kat umah mak aku..
isi pun sama..bentuk buah pun sama..

aku cakap gak dengan kawan aku yang buah nie sebijik cam pokok kat umah aku
xkan kat umah mak aku tu pokok harum manis..
eahhhh..pelik..kata x leh hidup kat negeri lain..
ermmmm...

balik keje..amik anak kat umah
aku pun tanya..
mak!!..mangga kite nie mangga harum manis ke????
bau dia samalah cam bos orang bawak balik dr Perlis..

mak pun jawab..a..ah...
aritu abang Zaki ko datang dia cakap nie mangga harum manis nie..

dalam hati aku dah mengelinjang suka..
terus amik hp dalam kete..amik gambar dan terus wasab kat geng2 opis..

meriah..semua kat opis balas..nak..nak..nak
aku cakap tunggu buah tua sikit aku petik aku bagi..
hehehe
nie ha..gambar pokok yang ada kat umah mak aku nie






sebenarnya..pokok nie asal mak sedara aku yang beli mangga ni..
masa tu aku baru form 2..umur 14 tahun..sekarang umur aku 34 tahun..
haaaa..dah 20 tahun dah pokok nie..
mak sedara aku masa tu kata buah nie buah kacuk..
xde pulak nama betul dia masa tu..sebab sedap sangat mak aku semai biji dia..
2 biji dapat 2 pokok..tapi mak aku gapitkan (cantumkan) pokok dia..
kira bercabang dua cam gittew..

pokok ni memang x pernah berbuah..
sampai le aku kahwin..aku ngandung anak pertama tahun 2005..
umur pun masa tu 24 tahun..kira lepas 10 tahun baru dia berbuah
masa tu berbuah lebat yang amattt..
mak aku sedekah2 kan kat jiran2 sedara mara..
sape nak mak aku bagi..

tapi buah nie kalau belum masak sangat dia x manis..masam...mcm masak layu
kalau muda memang sedap..dia mengkall
kalau dia masak betul2 memang manis sangattt..

lagi satu pokok aku nie kalau berbuah setahun sekali je
lama gak nak hadap pokok ni..
tapi kalau berbuah pun..lama gak nak tunggu dia habis gugur sebab buah banyak sangat
tu yang x tunggu masak..
mak aku rimas..dia petik bagi kat orang jer..

sekarang aku memang jarang makan mangga ni..x heran pun
sebab jarang jupe yang masak betul..
nak peram pun kadang terpetik yang belum tua..
banyak sedekah kat orang..

tapi lepas aku dah tau nie pokok harum manis
aku dah pesan kat mak aku..nanti soh abah aku petik yang dah tua2 tu..
nak peram..nak bagi kawan opis..
dannn..aku nak confirmkan balik rasa dia..betul ke macam harum manis yang aku makan aritu..
bau dah sama..tunggu rasaaa.... je balik nie..
hehehe

harap2 betullah harum manis yea..
xyahlah kengkawan atau sedara aku nak kuarkan duit semata2 nak beli harum manis nie
x berbaloi woii..
mangga je pun...huhuhu

okay..tata
nanti aku share bila mangga nie dah masak..
aku nak try cari cara nak peram mangga..hehehe

7 ulasan:

Mar Mansor berkata...

rezeki..

NabilaHasyim berkata...

Bulat, montok2 buahnya ye..

nabilah org utara oun xtau nak bezakan buah ni. makan je semua jenis mangga, asal manis sedap, laju je..dah feveret :P

arwah ayah pun ada tanam mangga, tapi mcm bukan harum manis kot..
sebab mangga ni sedap dimakan masa masak sebelum dia ranum..

untung la, ada pokok harum manis.. susah tu nak dapat..

SUHAILAH RAMLI berkata...

tulah Mar Mansor..hehehe

NabilaHasyim..hehehe.samalah kita..janji manis dan sedap..semua boleh makan..x heran sangat pun dengan nama atau jenis dia..

Dewi Aja berkata...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Izz Latif berkata...

Hi, saya sangat menyukai blog anda! ZALORA Malaysia kini sedang mencari blogger yang berbakat, dan saya tertanya adakah anda berminat untuk satu kolaborasi blog bersama kami. Anda boleh hubungi saya di izz.latif@my.zalora.com jika anda berminat dengan tawaran ini dan saya akan berikan segala butiran di sana. Harap dapat balasan emel anda secepat yang mungkin!

suhailah ramli berkata...

Izz latif...hehehe..sory baru baca.dh lama x updated blog

aji ibanez berkata...

Harum manis ni start famous kat msia ni rasanye tahun 90an lagi....cuma waktu tu xde internet, budak2 xpeduli Sgt...kira mcm rebranding semula....Sama jgk limau madu thn 90an kulit hijau, isi lapis2 MCM manggis, mmg manis....tp skrg semenjak limau sunquick masok terus tenggelam limau madu