Selasa, 31 Mac 2015

Kisah Ros Jepun Aku:- Lepas 2 Minggu di Baja

Muehehehe
As salam semua
korang janganlah marah aku sebab asyik hupdated pasal ros jepun je nie..

buat masa nie..
nie jelah cerita yang aku ada
hahaha
yang lain projek deko2 semua tergendala
sebab aku asyik x sihat
pastu tahap kemalasan aku yang tahap gaban nie
kekeke

kalau cerita pasal ros jepun nie senang je..
xyah nak buat ape2
amik gambar dan share jelah dengan korang
kannnn...

saje nak kongsi adegan selepas 2 minggu membaja
mana tau ada jugak peminat ros jepun yang sudi nak baca blog aku nie

sebenarnya lepas je 2 minggu aku guna baja RES nie
memang bebetul nampakkan perubahan pada ros jepun aku yang agak kudut aritu
daun dia mula naik gemukkk..
dahan dia pun jadi besar2..
teruja jugak aku nie..

nie haaa..cuba korang tengok..
tapi bunga x keluar lagik lah kannn..
seronoknya aku masanie..meriah kauuuu




aku masa nie dah syukur sangat..
hati dah berbunga2 nak tunggu dia berbunga..
sebab nampak segar sangat..

lepas je 3 minggu..
nie kira cerita minggu lepaslah nie
sebab aku dapat tengok pun masa cuti je kannn...
ngehngehngeh..

dia dah mula berbunga
jiran pulak yang jadi seronok tengokkan bunga aku nie
ya Allah..syukur..rasa macam terapi jiwa lah pulak..

nie korang tengok bila dia dah mula berbunga..
hahahaha








sorylah korang sebab aku tepek gambar banyak2
aku saje je nak buat kenang2an..
 sekarang nie aku pagi2 dok nyangkung kat tepi pokok ni
hadap...je ros jepun nie
terapi jiwa katakan..
hahaha

ok tu aje nak share
bye

Jumaat, 27 Mac 2015

Jalan-Jalan Cuti Sekolah:- The Shore OCEANARIUM..Melaka

As salam
hehehe..
sory sebab lama x muncul..
sibuk sikitla kebelakangan nie..
aku pun selalu x sihat..
dengan keadaan cuaca yang x berapa baik sekarang ni..
cerita ada..cuma x sempat nak menulis..
banyak keje yang nak kena buat..hehehe

minggu lepas kebetulan encik suami cuti..
bawak anak g jenjalan..
dalam Melaka je pun..senang
xyah fikir nak bermalam kat mane..
bermalam kat gumah aje..ngehngehngeh..

awal cuti sekolah aritu aku dah berjalan g umah orang kahwin kat Klang..
balik singgah pekena Satay Kajang Haji Samuri..
jauh sikit kan..g melawat bapa saudara yang sakit sekali..
alhamdulillah..lepas hajat nak g tengok dia..

sambung balik cerita minggu lepas..

Ocenarium ni xdelah sebesar Aquaria yang kat KLCC tu..
aku sebenarnye dah selalu jugak g kat tempat2 ikan nie..
alaa..ada budak kecik..seronoklah kann
tapi ni ada kat dalam negeri sendiri..
x best jugakkan kalau x pergi..
nanti orang tanya..kita pun x tau nak jawab ape..kuikuikui

Sabtu tu pepagi aku pergi sarapan dulu kat umah mak aku..
kebetulan adik aku yang Johor tu balik..pergi jumpa dia kejap
lepas sarapan terus gerak g The Shore..
nak bawak anak2 g tengok ikan..kat Ocenarium

kebetulan masa aku pergi tu ada rombongan budak sekolah..
adoiii..punyalah sesak..mak aiii
bebudak sekolah..kau taulah kan..excited diaaorang camne bila dapat pergi tempat2 mcm ni..
macam kita gak dulu..kannnn

nak amik gambar pun susah..
urmmm...
kalau korang nak tau Oceanarium nie terletak di tingkat 4 kat The Shore..
haaaa..ni bangunan shopping baru..berdekatan dengan area Taman Rempah..
korang waze aje confirm jumpe..
cuma yang x best..lift dia lahh..adoii..satu jee pun..yang nak naik bergasak2..
lebam menunggu..nasib aku x pitam..ermm

sampai jer terus beli tiket..
aku nie pun satu hal.. xperasan pun harga tiket berapa..
yang aku tau..aku 4 beranak kena bayar total RM80..
3 tahun ke atas kena bayar yea..
campur dengan aku beli makanan tok penyu RM10..
haa...yang cermin mata 3D tu aku x beli..
x penting pun..tapi diaorang akan bagi free satu..
kongsi2 pakai yea..hehehe

ni pandangan pintu masuk..orang ramai..aku main ambik aje gambar..


nati kat dalam nie..kita dibenarkan ambil gambar..
cuma janganlah korang guna flash..
kang ikan terperanjat..dia melatah pulak..hehehe

pastu nati kita jugak akan diberikan setiap satu tiket satu borang kuiz lah..
soalan kat borang tu jawapan dia semua ada kat dalam Ocenarium
jawapan kena cop dengan ikon binatang mengikut soalan tau..
bukan main tanda aje guna pen ke..pensil..haaa

ala...nanti ko tengok orang berkerumun..ko ikut je..
tiru jawapan pun boleh..hehehe
nie ha rupa borang dia..siap dengan jawapan aku bagi..kahkahkah
lepas siap nanti masa kat luar ko pergi balik kat kawasan beli tiket..
ko tunjukkan borang ni beserta resit..
nanti dapatlah habuannya..hehehe..


bagi aku sendiri..oklah tempat ni..sesuai dengan harga dia..
sangat menarik..korang boleh bawak anak2 korang datang sini..
dari segi grafik pun memang cantik..
cuma nak amik gambar x guna flash ko faham2 jelah kannn..
 nie aku kongsikan gambar..korang boleh tengok..
x laratlah nak cerita satu2 kat gambar..hehehe







 














tue jelah gambar yang dapat aku ambil..
sesak sangat
berlanggar2 nak ambil gambar..
huuuu..
nie ha habuan yang aku dapat bila returnkan semula borang kuiz tadi..
jadilah buat anak2 gantung kat beg sekolah..
aku beli fridge magnet je buat kenang2an..
 hehehe..
ok bye

Selasa, 10 Mac 2015

Taman Comel Depan Rumah:- Kisah Membaja Ros Jepun....Habis Tertumpahhh

As salam semua..
miahahaha
minggu nie xde citer susun atur yang nak dikongsikan
cuti aritu pun aku sibuk kemas rumah..
lap habuk bagai..mop lantai..lap kipas..huhuhu
penat..nasib ada encik suami yang sudi tolong

dia pun penat gak..sambung mengecat bahagian pergola tu..
nak jadi cerita..tetengah mengecat..cat x cukup..
urmmm..postpond lagik nak siapkan..
huwaaa..

aku cuma nak kongsikan hal pokok ros jepun aku ni..hehehe
mesti ada yang bosan sebab x semua orang sukakan bunga
aku pernah cakap yang aku x suka tanam pokok ada bunga nie..
takut tanggung risiko dan takut stress bila pokok tu x berbunga..hiuueeeee

tapi ros jepun a.k.a RJ ni lain sikit
dia senang hidup dan senang sangat nak berbunga..
sebelum ni aku pernah bagitau yang pokok RJ aku nie kecut jer x gemok2
ada gak aku mintak idea kengkawan kat group fb
thanks la sebab ada yang bagi solution nye..

minggu lepas aku dah beli pun baja RES dari Mr. Rinson Lim..
dari Perak ko datangnya..jauh
dia memang ada jual set baja..tapi aku x mampu beli..hehehe
bukan x mampu (belagak siottt)..
cuma aku rasa x berbaloi..baja jeee punnn
aku tengok dia cakap guna baja RES ni campur dengan baja biasa pun okayyy jerr
huhuhu..
aku pun beli yang RES ni jelee..

baja RES nie adalah singkatan dari perkataan Rinson Epsom Salt
formula ajaib ciptaan Mr Rinson ni..
alaaaa..aku lupa nak amik gambar dia nak tunjuk kat korang..
ni gambar aku tunjuk nie pun aku ambil dari blogger sweetiesaqi.blogspot.com..
sory yea cik puan..saya pinjam gambar..
huhuhu


haaa...cam garamkan...hehehe
dia sebenarnya cam pemangkin untuk membantu cepatkan penyerapan baja
camtu lah tugas dia..yang lain korang search sendiri yerk..
aku beli 2kg RM21 termasuk pos..
telan air liur aku nak kuarkan duit..
selama ni beli baja tahi ayam baru RM5..
kahkahkah..

tulah kannn..aku asyik ngomel jer beli baja ni..
nasib x baik..kikiki..
masa aku bukak plastik dia tu..habis ko tertumpah..
setengah plastikla jugak bertabur kat lantai..
dalam pasu RJ aku berlambak dia tumpah..
hahaha..menyumpah2 aku
ish..ish..ish
gambar pun aku x sempat ambik..hati dah sakit..
cecepat aku ambik sudu plastik aku ceduk yang dalam pasu RJ tu dulu..
takut mati woiii pokok aku..dah setimbun dengan baja nie..
kuikuikui
cecepat aku g tabur kat pokok yang lain..pastu baru ambik yang kat lantai
lebih tu malas aku nak ambik sebab dia nie sejenis garam..kena lantai terus melekat
yang kat pasu RJ tu pun dah susah nak kuarkan..
aku jirus je dengan air biar dia melimpah keluar
rugi..oiiii..bertambah2 rugi..kikiki
padan dengan muka aku..
haaaaaa

harap2 pokok aku lepas ni subur..
sebab ada juga yang kongsi kat group fb kata baja nie baguss..
lepas 2 minggu baru nampak keputusan dia..hehehe

nielah rupa RJ aku sekarang..
taman comel dah berubah rupa..
aku dapat tengok seminggu 2 kali jer..Sabtu dan Ahad..
hari lain kejeee..balik pun dah menguncupp





aku sukaaa..aku sukaaaa..
hakhakhakhak..
abaikan ajer lantai aku yang berdaki tu..
nanti encik suami kata nak sentalll bersih2 kasi cantik
urmmm..bye

Selasa, 3 Mac 2015

Projek Deko:- Mengecat Area Luar Rumah

As salam semua
hehehe
sory sebab baru nak hupdated cerita

sebenarnya bukan xnak kongsi cerita..
tapi..sebab projek yang aku buat tu x settle lagik..
camne nak cerita..kannn...kekeke
ini pun ada sikit lagik bahagian yang x settle..
oleh kerana aku sendiri yang dah x sabar sangat nak share dengan korang
aku hupdated jelahhh..yea
kikiki

rumah aku (beli rumah lelong) sejak beli memang x pernah cat lagik
dah nak masuk 2 tahun aku masih menggunakan warna cat rumah asal
terang benderang..
warna peach/pink..
aku macam x masuk je nak letak warna ni kat area luar rumah
menyerlah kauuuu
nie ha warna asal dia..dah berdaki dah pun..
adoiii..ada warna hijau yang aku x tahan tu..
hahaha


aku ni penat jugak nak memujuk encik suami sebab nak cat area luar rumah ni tau
adoiii..
ini kira dah berjaya dah nie..
sebab duit cat semua aku yang bayar..hahaha
ehhhh..aku pandai..
lepas tu aku claim balik..
ko hengat sikit2 beli cat ni..
kuikuikui..
beli yang tahan 6 tahun punya
aku masih percaya pada SANCORA
tapi kali ni beli yang jenis arcylic..wheater @ guard extra
satu liter RM29.90...tapi nak jimat aku beli sekali 5 liter...RM117.90..


aku sebenarnya lebih sukakan warna yang sederhana..pastel macam tu..ala2 warna tanah
xde la nampak meriah sangat rumah aku ni
aku nak rumah aku nampak cam biasaaaa..jeeee
kekeke..
xdelah nanti bila ada yang lalu toleh kat rumah aku ni
cam terperanjat berokkk..hahaha
aku pilih warna yang biasa orang guna untuk perumahan baru sekarang
biasa...warna biasa ajerrr
hakhakhak..
aku guna 2 color sahaja..expresso dan light cream...
setakat ni..aku dah guna 10 liter warna light cream..dan 6 liter warna expresso..
rugi aritu beli expresso asing 1 liter..harga mahal..
last minit encik suami cakap nak guna lagi warna expresso ni untuk cat bahagian dalam palang
urmmm..rugi..rugi..

projek nie aku buat masa cuti Tahun Baru Cina aritu
tapi x siap..kitaorang sambung buat sesikit hari2...
nie pun ada yang x siap..pergola x cat lagik..bahagian dalam palang majoriti x cat lagik
huhuhu
tunggu encik suami ada masa baru boleh buat...urmmm

hari pertama aku mulakan projek alihkan pokok/pasu
cabut segala yang ada..sedihhh
lepas ni dah x nak tanam pokok banyak2 kat tanah...
nanti nak jirus habis cat..hahaha..bolehhh
nasib Firdaus rajin tolong ibu
tu pun buat nak taknak jeee tue..
paksa rela kauuu..hihihi



tengok...bersepah dah kawasan area luar rumah...
proses mengecat nak dimulakan..
weihuuuuu


encik suami mulakan dengan warna light cream tu..
yang susah2..yang tinggi2 semua dia yang buat
aku cat warna expresso je..
yang senang2 dan rendah je..hihihi
malas aku nak memanjat..lagipun cuaca panaslah sangattt..adoiii
buat kerja mengecat ni..aku dengan encik suami sakit kepala berhari2
nak taknak siap kan jugakkk
kalau x bila lagik nak buat
tunggu raya kang..ntah buat ke takkk nanti
mentara mood encik suami nak buat kerja ni baik aku teruskan
kang dia berubah fikiran kanggg...
haaaaaaa


nielah haa..bila dah siap catnya..
simple aje..
gambar silau sikit sebab ambik gambar masa balik kerja kol 6 petang.. 
mungkin korang x suka kot warna ni..
aku suka sebab nampak natural...cam air nescafe..kikiki
laaaa..nampakla aku punya pergola x cat lagik
korang abaikan aje eah...
nanti kitaorang settlekan..
nampak kusam tak....hahaha
dah x ceria dahhhh...kannn


lepas ni rancang nak siapkan pergola dan area yang x selesai lagik tue
pastu nak cat pagar ni..x matching sudahhh
kalau ada rezeki terlebih tu
memangla nak pasang tile
nampak kemas sikit lantai..kann
nak pilih warna cekelat dengan cream jugak
bahahaha

ni rupa baru taman comel aku..
kurangkan menanam kat tanah..
ubah suai sikit susunan..
tambah batu banyak2..hehehe
abaikan pokok ros jepun aku yang dak menguncup tu
dah petang kannn
dia kembang pagi jerrr..huhuhu

ni pandangan dari pintu rumah..
senang hati tengok kawasan nie..
dah xde daki2 lagik..


ha..tu batu2 aku beli lagik untuk tambah..
penat tu buat kerja menyusun...
sakit pinggang aku kauuuu

pagar pun dah tukar pagar putih..
tapi x cukup pulak
sakit mata aku tengok pagar sambung warna hijau tu...
bilalah dapat pergi nursery lagik nak beli yang baru ni..
urmmmm


okayyy..
tu ajelah yang aku nak share kali nie
hati dah lega sebab masalah cat luar rumah dah selesai..
huhuhu....
bye
p/s: seronok tengok rumah orang yang dah siap cantik2 bahagian depan rumah..waaaaa

Isnin, 16 Februari 2015

Make Over Papan Gosok Baju...

As salam semua
semoga sihat dan ceria hendaknya
kekeke..

ari nie rasa seronoknya nak g keje
maklumle keje 3 ari aje
yang memang ambil cuti untuk esok dengan lusa lagik ler syiokkk
6 hari melepak kat umah
kuikuikui

aku...cukup kot cuti 4 hari tu..
lagipun cuti dah x banyak..
baik aku simpan tok cuti raya nanti kannnn...

cuti kali nie aku x berjalan..
encik suami kena koje
lagipun kitaorang ada projek yang nak kena buat
hehehe
nanti dah siap aku share eah..
xreti nak teaser2 ni..hihihi

ok..kalau korang baca tajuk mesti dah tau ape yang aku buat
alaaaa...mesti korang pun pernah alami ape yang aku alami ni..hehehe

kat bawah ni ialah bilik menggosok a.k.a bilik simpan baju anak..
dan segala beg..narita dan tikar2 yang jarang digunakan..
memang x pernah pun share bilik nie kat korang
malahan semua bilik kat rumah ni aku belum share kat korang lagik..
kecuali bilik anak
hehehe..mengelatkan..
nak share yang elok2 ajer

alaaa.. bukan macam tu sebenarnya
memang nak share pun..
cuma banyak yang perlu diubahsuai
kang kejap2 share sampai bila nak abis..
biar siap betul2 baru share..kikiki

haaaa..nielah biliknyeee
simple ajerrr..
bilik nie kembar dengan bilik anak..
diasingkan oleh bilik air sahaja..


nie bahagian sebelah dia..
berbaris aku susunkan barang..
almari putih tue lah yang aku pernah ceritakan nak make over tu
tapi x tertunai lagik dek kerana kemalasan yang tahap gaban
sticker dah beli tapi x buat2 lagik
pemberian mak angkat aku..
anak dia skrg dah umur 26 tahun tau..seusia dengan almari ni..kikiki
 

tu barisan tudung aku..
menyemak aku tengok..
memang saje gantung kat situ supaya senang nak ambil
sebelum ni aku letakkan dalam almari pakaian kerja kat bilik bawah
semua jenis bawal atau shawl aku lipat..
selalu sangat kena punggah bila aku nak cepat
cara penyelesaiannya aku beli tempat gantung nie dan gantungkan..
abis cerita..
 

ni tudung awning koleksi aku
x beli pun yang mahal2
yang paling mahal pun aku beli dalam harga rm60-70 ajerr
nie korang tengok banyakkan..
petang semalam aku dah angkat separuh pergi hantar umah mak aku
yang jenis 3 layer ni..dah x minat dah..
bagilah pada sape yang pakai..derma
hehehe
 

sekarang aku minat jenis yang shawl ataupun halfmoon..
lagik2 yang x payah gosok..
cepat sikit nak pakai..
ada lagik yang jenis bawal aku simpan berlipat dalam laci
x muat dah nak gantung..
 

nie yang sebenarnya yang aku nak share
papan penggosok aku yang dah berlubang....
dah menipis dah pun..
mana taknyaaa...dari kahwin aku pakai
skrg Firdaus dah berumur 10 tahun kauuu
yang berlubang tu eksperimen dia lah tu..
memandai2 bukak suis gosok sendiri..
adoiii..nasib x kena tangan..

aku nak gosok baju pun dah x sedap
macam menggosok atas papan tau tak..
baju batu habis jahanam..
tue yang terpaksa mengmake over jugak tu..


make over guna benda yang sedia ada jer
cuma kuarkan duit ajer..RM11.90 from Mr. DIY
ekekeke
warna nie yang aku berkenan
yang lain warna warni sangat..sakit mata aku
 

masalahnya pulak kain alas ni tali pengikat dia satu aje..
stapler gun aku dah le tinggal kat opis
aku kalau buat keje nak cepat memanjang..adoii
cari je dalam stor ape yang ada..
jumpe pulak paku yang jenis nie..aku sebatkan ajeee
 

ikat tali siap2 kat hujung..
tengok tu..aku taramkan aje..x senonoh betull
alaa...bawah bukan orang nampak pun..
aku je yang tau..kikiki
pastu yang lain aku pakukan..
dah le buat kat bilik atas..
memekak satu umah..
hahaha
kelentang-kelentung
 

tu yang hujung aku kelepetkan ajerr..
korang pernah dengar tak perkataan kelepet ni..hahaha


sampai habis aku pakukan..
biar tegang2 sikit..
syok sikit nak gosokkk..
 

taraaa..dah siap..
pakai baju baru..
xyah kuarkan duit nak beli yang baru..
 
semalam dah cuba guna..
sedappnye menggosok...smoothhhh jeeee


 nie pandangan dari tepi..
lebih kurang sama dengan warna dinding..


haaa..dah siap kerja aku
nie kalau anak aku terbakau kan lagik
x taulah nak ckp mcm mane..
hihihi..
ok bye..
selamat bercuti..
kongsi2..