Selasa, 16 Disember 2014

Tambahan Dekorasi Taman Comel..

hahaha..
cakap pasal taman comel depan rumah..
memang dah lama sangat x membelai dan memanjakan diri dengan pokok2..

hari2 pegi balik..pegi balik..jeling je pokok2..
membaja pun dah lama x buat ni..huhuhu

minggu lepas aku betul2 melepaskan geram mengemas semua pokok2 aku tu..
sampaikan encik suami cakap aku ni mcm kambing..
hahaha..mana taknyer..
aku ckp dengan dia aku nak manjakan diri aku dengan pokok..weiihuuuuu

pokok makin membesar dan makin gemuk..
macam kat bawah ni..hehehe


pagi2 lepas selesai kemas rumah sarapan semua..
aku terus menebang pokok2 ni..tebas ape yang patut..
cabut rumput2 liar..bersihkan..
pungut2 sampah masuk dalam plastik bag hitam..menyapu semua siap..
haaaa..lega..tenang..kikiki
 
batu2 hitam tu dah lama sangat aku beli..masa tu nak beli batu putih tapi kehabisan stok
nak tak nak beli jugak batu hitam ni..RM25 sekampit..
dapat tabur bahagian celah pokok2..
macam best gakkk...

hari Sabtu lepas aku g nursery terus beli batu putih sekampit..RM20..entahla..
nyonya tu cakap ni batu baik..erm..
dapatla aku taburkan batu2 sekeliling...
smlm masa beli memang ngam2 tinggal sekampit..
nti kalau ada stok baru memang aku nak beli lagik..
nak lambakkan lelebih..
tepi2 pagar hijau ni semua aku nak letak..hahahaha

lepas dah tebas pokok besar ni baru nampak kemas sikit..
tu pun banyak lagik anak dia nak keluar..
yang aku heran..kenape lah dia x keluar2 bunga..
hurm..tu yang buat aku tension bila tanam pokok berbunga ni..
dan..sebab tu lah kenape rumah aku ni byk pokok hijau..
sebab aku malas nak sakit hati bila dia x berbunga..bolehhh..wakakaka
 

ni lagik satu pokok pengaga jus aku ni..
wuiii..makin hujan makin gemuk dia..
sampai rebah2 ke bumi..
kalaulah ada orang yang makan..dah lama aku bagi..gemuk sangat...
jadi x cantik pulak...bila dia tunduk macam tu..x syiokkkk
 

kat area pangkin ni pulak..aku dah lebihkan letak pagar hijau..
senang bila aku taburkan batu putih xdelah dia jatuh ke longkang belakang tu..hehehe
lagipun pangkin ni aku dah jarang duduk..
skrg kan musim panas yang amat sangat..
x laratlah nak lepak kat sini..
confirm kena tembak matahari..hahaha
sebab tu kerja mengemas pokok ni aku buat pepagi..
 

ni pandangan hadapan...
pokok selasih ni pun banyak dah yang mati..akar rosak..
mungkin sebab aritu kalau hujan..hujannnn jer..
ni pulak panas terik sangat..pokok dan akar x stabil..byk yang rosak..
aku cabut je yang rosak..biar yang tinggal tu bertunas balik..
 

kat bawah ni pokok menjalar aku yang dah gemuk sangat.. ntah ape nama dia pun aku tak tau..
ni kawan opis yang bagi..
dah lama ckp dengan encik suami suruh dia ikatkan tali dan gantung pada pergola..
biar dia menjalar naik terus melilit ke pergola tu..
tapi encik suami x buat2 lagik..
adoi..nasiblah tinggi sangat..kalau x dah lama dah aku buat sendiri..kikiki


pokok keladi yang bapa angkat aku bagi ni pun dah besar sangat..
daun dia ada yang rosak sebab terkena air salur yang jatuh dari bahagian pergola ni..
redha jelah..ada duit nanti nak tutup sikit bahagian pergola ni..muehehehe
 

ni kawasan luar rumah yang seciput..
aku xnak membazir..aku gunakan jugak kawasan ni..
tengok..bila tanam kat luar ni pokok selasih bukan main gemuk lagik..
dah banyak kali rasanya aku kerat bagi pada orang..ni gemuk lagik..
sebab terkena jalan tar kot..ada panasss sesikit..tu yang gemuk..hehehe
 

ni pokok mahkota dewa aku..dah besar pun..dah banyak kali aku cantas
untuk nak kasi dia rendang jer...
ni masih gemuk lagik..
dan aku cadang nak biarkan ajer..
sebabbbb..dia dah mula berbuah..hahahaha
alhamdulillah..janganlah kau gugur wahai buah..hihihi
 

ni pokok bahagian depan rumah...
x kira..aku nak tanam jugak..
tanam pokok untuk kegunaan harian dan untuk makan sendiri jerk..
penat wooo..nak kemas rumput dah tebal...
berpeluh2 aku ni..weiiiihuhuuuuu
 

tengok pokok cili padi aku yang dah besar..
sekali petik cili ni dapatlah semangkuk kecil..
selalu mak akulah yang ambil..jiran pun aku dah pesan..
sape nak..petik jer..takyah mintak izin..aku sentiasa izinkan..
sebelah tu aku tanam jugak keladi sayur..tomato..dan ulam raja..
dah banyak kali petik ulam raja ni..
tomato baru berbunga..harap2 sempat berbuah..jangan x lekat bunganya sudahhh..
 

ni pokok mulberi aku..dah banyak kali jugak merasa buah dia..
cuma masih belum sempat nak buat jus..
yelah..berbuah pun bukannya sekali banyak..
untuk makan 5-6 biji adalah...
pokok ni kena rajin cantas..barulah dia cepat berbuah..


ni lagik satu pokok tomato..dah rebah2..penat aku membetulkannya..
dah le tengah berbunga..
bila hujan lebat..dia mulalah rebah..
xboleh nak tampung berat..hahaha
tengok..cuaca panas sangat..pokok pun jadi layu..
 

ni yang paling seronok..
aritu aku asyik ngomel jer pokok mangga aku x besar2..
macam tu jer..x bercabang atau bertunas langsung..
sekali bulan lepas aku letak baja lebih sikit..
terus kooo bertunas..siap ada cabang..seronok sangat..
sekeliling dia saje aku tanam pokok selasih ni...
senang orang mesin rumput xkan mesin batang pokok aku ni..hehehe
 

nie pulak pokok daun limau purut..
merimbun pokok tu..
aku rajin cantas..sebab tu dia rajin bertunas..


ni pokok daun kesum dengan daun kunyit..
dah banyak kali petik bagi orang..
sape nak amik jer..
aritu mak aku buat kenduri pun amik kat sini jer..x payah beli..
hikhikhik

pokok kari memang comel..
sentiasa gemuk..
aritu musim panas daun dia kuning jer..
ni dah hujan balik..
mula lah dia gemuk..
 

ni pokok deduit yang aku letak dalam rumah..
memang saje aku letak batu putih sebab nak elakkan semut buat lubang..hahaha
biar dia sejuk sikit..
lagipun pokok ni aku jirus 2 hari sekali jer...


ni pokok kemboja yang aku pernah cakap dulu..
anak pokok yang jiran bagi..dan ada juga bapa saudara dari pahang yang bagi..
dah makin membesar..tunggu masa nak pindah pasu lain..
ni pun aku jarang jirus..
 

yang akhir sekali pokok stoberi aku lah..
aritu aku alihkan anak dia terus mampus pokok ni..
aku biarkan aje..doa selalu biar dia tunas balik..
alhamdulillah..lepas tu terus bertunas..
ni skrg tengah gemuk dan nampaknya ada anak lain yang keluar
harap2 lepas ni dia berbuah la...huhuhu


huii..penatnye bercerita..
mesti korang boring bacakan..
semua pasal pokok..
yelah aku ni jarang gak updated blog..
jadi bila dapat updated aku cerita semua sekali gus senangkan..miahahaha
ok bye..jangan bosan dengan blog saya ni..

8 ulasan:

cplud miera berkata...

wah canteknya. xjemu mata memandang kehijauan tu :)

cik hani berkata...

hijauuuu..
sejuk mata memandang..
rumah saya tak banyak tanaman. tu pun dalam pasu sebab takde tanah...

kalau hijau macam ni memang bestt

SUHAILAH RAMLI berkata...

tq cplud miera dan cik hani..saje mengisi masa lapang..memang suke bercucuk tanam pun...

Tanpa Nama berkata...

Assalam puan suhaila..boleh ke saya nak tanya lebih lanjut pada puan tentang pembelian rumah lelong? boleh ke puan beri emel puan untuk share tips skit? ni emel saya klu puan sudi share tips n pengalaman yer.. (emel = malam3234@yahoo.com)
Terima kasih daun keladi puan!.

Sha Nikitasakura berkata...

Byknyer pokok2..mcm jenis..dh mcm taman..geram tgk pokok2..hidup subur..xrugi bebudi kt tanah..

SUHAILAH RAMLI berkata...

huhuhu..tulah Sha Nikitasakura
sy memang suka dgn pokok..
seronok bila tgk pokok membiak dgn banyak..hehehe..

NabilaHasyim berkata...

Terkejutnya, sampai depan2 rumah pun tanam, rajin nyaaaa...

syoknya semua tanam menjadi.
jelesssss nyaaa..

p/s: yg pasal pokok pegaga tu, nabilah rasa pokok tu pokok pegaga hiasan kot. sebab daunnya bulat-besar, tebal dan kelilingnya licin. kalau yg mkn buat ulam n jus tu, daunnya berketak2, dan lebih kecil n terbelah tengah. penah baca dlm majalah LAMAN. tp kalau makan, xda la beracun, cuma xsesedap yg betul punya, hehe. sy peminat jus pegaga, :)

SUHAILAH RAMLI berkata...

tulah NabilaHasyim..tanam sebab nak buat hiasan jerr..tp sbb terlalu byk sedekahkan aje pd saudara yg makan...suke sangat pokok hijau nie..