Rabu, 24 Disember 2014

Percutian Sempoi Kelantan-Terengganu:: Melawat Taman Tamadun Islam (TTI) Terengganu...

As salam semua..
hehehe..
nak sambung lagik citer berjalan ni..
kang lelambat sangat dah lupa pulak nak citer camne kannn..wuhuuuu

Isnin pagi lepas sarapan terus bergerak balik ke Melaka melalui laluan Terengganu..
pagi tak pagi jugaklah..
dalam kul 10.30 baru gerak
memang rancang nak g jalan Terengganu..
sebab nak pergi sangat Taman Tamadun Islam (TTI) ni..
tahun lepas masa pergi Masjid Kristal...x perasankan pun TTI..
yang aku nampak Muzium Islam jerk..

dalam perjalanan..singgah kat Masjid Kayu untuk solat..
dah tak ingat dah kat kawasan mane ni..
tengok lagik lambat aku citer..lagik banyak aku lupa..kahkahkah
amikla gambar sekeping dua..hikhikhik
tetengah amik gambar hujan lebat kauu..
lintang pukang berlari masuk kereta..
 



pastu teruskan perjalanan ke Terengganu..
kita jalan ikut laluan pantai..saje nak tengok tempat orang..
tapi masa tu panasnyer x terkata..
rupa2 nya memang nak banjir lepastu..

sampai Kuala Terengganu dalam pukul 4.00 petang masa tu..
cari hotel dulu..
check online majoriti full..
yang kosong hanya hotel2 mahal..
x kuasa aku..dok satu ari jer..pun
lainla kalau nak honeymoon..kekeke

encik suami cakap...kita g cari terus TTI..
pastu baru pikir pasal hotel..bolehhh
beli tiket pakej keluarga..satu family aritu aku kena RM55 kot
dapat RM4 baucer diskaun beli cenderahati dan juga RM4 baucer diskaun beli makanan
x sabar2 nak masuk..
kita diberikan satu passport setiap seorang..
boleh guna sampai 3 kali..
kita akan diberikan pelbagai diskaun dan pakej percuma..
passport x sempat nak snap..
masih dalam kereta encik suami..hehehe
ni kitaorang bergambar kat pintu masuk..


kat dalam disediakan pelbagai kenderaan untuk kita gunakan masa lawatan..
tapi semua mahal2 dan x berbaloi..
kalau pergi reramai syokla..
sebab mmg untuk naik ramai orang pun..
ni haaa kenderaan dia...yang ni aku  x ingat berapa RM
kalau yang jenis basikal..RM45 koooo
erm..amik gambar jelah..kikiki


kitaorang buat keputusan naik tram jelah..baru RM5 sorang..
jimat..bukan jauh pun..
boleh jalan kaki je sebenarnye..
tapi sebab mertua aku sakit kaki...kitaorang naik jelah tram ni..aku pun x larat nak jalan..
panass sangat Terengganu masa ni..
setiap tempat yang ada tayangan video dan pameran ..tram akan berhenti dan tunggu
kat sini ada 3 hentian..lagik satu tengah dalam baikpulih..
dapatlah bergambar sesikit..
masa naik tram..adalah penerangan yang diberikan..jadi kita boleh kenali setiap bangunan/monumen..
cuma aku pun dah x ingat nama2 masjid nie..hihihi
korang tengok gambar jelah yea..






















kat sini macam2 replika masjid yang kita boleh tengok tau..seronok..
mertua aku teruja..teringat masa dia pergi mengerjakan Haji dan Umrah dulu..
aku cuma dah x ingat nama2 masjid ni...
ada juga gambar yang aku x sempat ambil..
sebab tu bukan dilaluan tram..
selesai melawat kita orang keluar beli cenderahati kat pintu masuk..
guna baucer diskaun yang diberilah..
cenderahati pun untuk diri sendiri jerk..hahaha

pastu terus gerak pergi Masjid Kristal solat kejap..
makan kat tepi masjid..siap beli aiskrim susu kambing tau..hehehe
sedap..x rasa apepun..cuma dia cepat cair jelah..
amik gambar masjid sekeping..
subhanallah.cantiknya...


pastu gerak terus g carik hotel wooo..
dah nak magrib masa ni..x dapat hotel ni kang kenalah balik Kelantan semula..kikiki
encik suami dah x larat nak memandu..
memang awal2 kat umah adik ipar pun dia dah cakap nak tido Terengganu jer..

last2 aku ajak dia g Pantai Batu Buruk..
tengok resort kat situ..pemandangan pun cantik kannn...
rezeki..memang tinggal satu bilik jer katanya..huaaaa
Batu Burok Beach Resort (BBBR)..RM199
gambar aku x sempat snap..malam kan..
jadi aku guna gambar ehsan dari blog http://f-fanorifah.blogspot.com...
(maaf yea pinjam gambar)

 
amik jer..janji ada tempat tido..
sampai bilik mandi, solat dan kuar balik g cari makan..
mertua dengan Firdaus tak ikut..penat katanya
aku, encik suami dan Fariezal merewang sekitar bandar Kuala Terengganu..
g uptown jap shopping jersey dgn jam anak2..
pastu g round area Kampung Cina...malam xde ape2 sangat
lalu kawasan Pasar Payang..siap beli durian creep lagik tu..
owhhh teruja..murah sangattt..RM5
kat Melaka ni RM10 tau..rasanya sama sebijik sebijot...kikiki
pastu terus g beli topup..ubat batuk Fariezal..beli charger hp aku sekali..
terus cari kedai makan..pastu balik hotel tido..

esok pepagi aku g sarap dulu kat cafe BBBR..
tak sedappp..makan kat luar lagik bagusss
x taulah pulak tekak korang..aku ni orang Melaka hokayyy
pastu packing barang terus balik..
kat BBBR ni ada kolam renang..anak2 mood x berapa nak okay..dedua xnak mandi..rugilahhh

terus balik jer..
sebelum tu singgah Masjid Terapung amik gambar

sarapan pun kat area Marang..sebab nak cari roti canai..
tempat lain x nampak pun..semua nasi dagang jerrr..
x pandai aku nak makan..kikiki

sambung perjalanan..
berhenti beli keropok lekor kat area Kemaman..
memang terbaik dan sedap..
sata dia uhhhh..sedap..
berbungkus kitaorang beli..
beratus jugak duit habis kat situ..
beli keropok lekor..keropok kering dengan sata..sos pun x lupa..

ahhhhhh..
lepas tu terus balik Melaka ikut laluan Gambang-Muadzam-Keratong-Pasir Besar-Melaka..
sampai rumah mertua maghrib..
siap2 mandi..solat..
g bawak mertua makan dulu..
pastu baru hantar g rumah kakak ipar..
pastu zassssss..balik rumah wooo..

penat..tulis pun penat ni...
xde nak sambung2 lagik ni..habis dahh..citer..
haaaaaaaaaaaaaa..bye

4 ulasan:

Han Hanni berkata...

rindu terengganu

ezy.fia berkata...

TTI ni dkt sgt ngn umh saye.. ihiks

SUHAILAH RAMLI berkata...

cik hani..hihihi
tulah best jalan kt Terengganu ni..
mcm2 ada..hihihi

SUHAILAH RAMLI berkata...

Ezy Loy..wah..mesti bestkan

petang2 ramai yg dtg beriadah kat kawasan sekitar ni..syok