Selasa, 12 Julai 2011

5 Motivasi Diet.... Thanks Arsyad

1. Pasang matlamat anda. 
Apa yang anda nak buat pada tahun hadapan. Nak ada boyfriend ke, nak bertunang ke, nak kahwin ke ataupun nak tunjuk kat suami anda yang ada sememangnya boleh langsing. Malah ada yang meletakkan sasaran untuk memakai jeans pada 6 bulan dari sekarang.
(Aku nak kurus sebab nak ada keyakinan diri....nie bila dah gemok..keyakinan diri tue kuranglah...)

2. Perlu ada perubahan walaupun sedikit dalam cara hidup anda. Sekiranya hari ini anda menambah 10 langkah dalam perjalanan anda, mungkin besok anda membuat 20 langkah. Sekiranya anda makan bertambah, apa kata mulai hari ini jangan tambah nasi lagi.
(Tapi...nasik tue sedap...)

3. Mulakan bersenam. Jangan pedulikan orang. Buatlah sesuatu yang boleh menyebabkan anda berpeluh. Berjalan pun sudah memadai diperingkat awal. Ajak kawan atau orang terdekat bersama dengan anda.
(Malulah...nanti badan bergegau bila berlari...orang pandang..)

4. Hormati diri anda sendiri. Jangan sesekali mencemuh diri anda. Diri anda adalah kawan yang paling rapat dengan anda. Anda berdua saling memerlukan. Berjanjilah pada dia yang anda akan membantu dia. Letakkan matlamat menurunkan berat badan adalah matlamat anda berdua. Cuba perhatikan cermin, tataplah kawan anda tu. Dia perlukan anda..
(Alah..kekadang cermin tue mengejek...cermin kat umah nampak macam kurus jerk..)

5. Jangan berhenti mengambil makanan kegemaran anda.
Anda hanya perlu memakan sedikit sahaja. Nak makan cheese kek, ambiklah sebulan sekali. Hargai kehendak anda tetapihargailah juga badan anda.
(Aku x suke makan cheese...tapi badan aku gemok gak...)


Erm...kalu camnielah style aku...sampai bebila punk aku tak kurus..ngeee...banyak sangat jawapan...