Rabu, 20 Julai 2011

Makan Apabila Emosi Terganggu-Apakah bahayanya?

Kenapa kita mengambil makanan secara berlebihan? Sesetengah orang mengambil makanan secara berlebihan kerana mengalami masalah emosi.
Tertekan, marah, kecewa, ingin melupakan seseorang dan pelbagai perasaan yang boleh mencetus sebab untuk terus makan.
Dan akhirnya, anda bukannya getting better, but you are getting bigger. Kajian telah menunjukkan bahawa ramai orang yang mempunyai berat badan berlebihan menghadapi kesukaran untuk mengawal makanan ketika keadaan emosi terganggu. Asas yang mudah adalah, dalam keadaan emosi terganggu, kita cenderung untuk tidak berfikir secara rasional.
Berikut merupakan beberapa langkah untuk mengawal keadaan ini.
1. Anda seharusnya berhenti sekejap sebelum mengambil makanan ketika anda sedar bahawa emosi anda tergangu ketika itu.
2. Tanya diri anda, kenapa terlalu banyak makanan yang anda ambil pada ketika itu.
3. Awasi diri anda sekiranya anda makan bukannya pada waktu yang sepatutnya anda makan. Apakah yang mendorong anda untuk makan?
Sekiranya amalan mengambil makanan ketika emosi terganggu terus diamal, lama-kelamaan anda menjadikan amalan pemakanan ini sebagai cara mudah untuk merawat emosi anda. Kesannya adalah pengambilan kalori ke dalam badan anda akan menjadi tidak terkawal dan akhirnya memberi kesan kepada berat badan anda.

Jumaat, 15 Julai 2011

Sambungan Motivasi Diet...Uhuhuuuuu...

6- Minum Segelas air tatkala lapar
Sering terjadi kita
akan merasa lapar walaupun belum tiba waktu makan yang sepatutnya. Lantas kita akan menuju pantry atau membuka laci pejabat dan mula mengunyah. Tak kira biskut ke, kacang ke atau pun mengambil roti sekeping. Elakkan semua ini. Cuba anda minum segelas teh, mungkin "herbal teh". Elakkan minuman yang manis. Mungkin anda hanya haus dan bukannya lapar.

7- Jangan keseorangan
Seperti yang telah saya huraikan,
anda tidak seharusnya bersendirian menjalani program diet. Ajak orang terdekat untuk bersama anda.

8- Rancang pemakanan
Peruntukkan hari minggu anda untuk
membuat perancangan makan anda. Contohnya anda ingin gantikan makanan berlemak anda dengan "low fat food". Atau anda mahu beli pasta untuk gantikan nasi pada makan malam anda.

9- Senaman terbaik adalah sesuatu yang anda sukai
Kalau
anda minat jogging maka buatlah selalu, kalau minat berenang maka ajaklah kawan untuk berenang. Jangan sesekali paksa diri untuk ke aerobik atau melakukan sesuatu yang tak disukai kerana ini boleh menjejaskan fokus anda.

Eeeiii...aaaii..bilelah aku nak mula jogging nie....

Selasa, 12 Julai 2011

5 Motivasi Diet.... Thanks Arsyad

1. Pasang matlamat anda. 
Apa yang anda nak buat pada tahun hadapan. Nak ada boyfriend ke, nak bertunang ke, nak kahwin ke ataupun nak tunjuk kat suami anda yang ada sememangnya boleh langsing. Malah ada yang meletakkan sasaran untuk memakai jeans pada 6 bulan dari sekarang.
(Aku nak kurus sebab nak ada keyakinan diri....nie bila dah gemok..keyakinan diri tue kuranglah...)

2. Perlu ada perubahan walaupun sedikit dalam cara hidup anda. Sekiranya hari ini anda menambah 10 langkah dalam perjalanan anda, mungkin besok anda membuat 20 langkah. Sekiranya anda makan bertambah, apa kata mulai hari ini jangan tambah nasi lagi.
(Tapi...nasik tue sedap...)

3. Mulakan bersenam. Jangan pedulikan orang. Buatlah sesuatu yang boleh menyebabkan anda berpeluh. Berjalan pun sudah memadai diperingkat awal. Ajak kawan atau orang terdekat bersama dengan anda.
(Malulah...nanti badan bergegau bila berlari...orang pandang..)

4. Hormati diri anda sendiri. Jangan sesekali mencemuh diri anda. Diri anda adalah kawan yang paling rapat dengan anda. Anda berdua saling memerlukan. Berjanjilah pada dia yang anda akan membantu dia. Letakkan matlamat menurunkan berat badan adalah matlamat anda berdua. Cuba perhatikan cermin, tataplah kawan anda tu. Dia perlukan anda..
(Alah..kekadang cermin tue mengejek...cermin kat umah nampak macam kurus jerk..)

5. Jangan berhenti mengambil makanan kegemaran anda.
Anda hanya perlu memakan sedikit sahaja. Nak makan cheese kek, ambiklah sebulan sekali. Hargai kehendak anda tetapihargailah juga badan anda.
(Aku x suke makan cheese...tapi badan aku gemok gak...)


Erm...kalu camnielah style aku...sampai bebila punk aku tak kurus..ngeee...banyak sangat jawapan...

Isnin, 11 Julai 2011

Firdaus Dapat No.13....Sakit Jer Hati

Dah seminggu aku simpan citer nie...xde masa nak tulih...bukan aper..malas nak upload gambar..
Nielah kisah anak aku g pertandingan mewarna...erm, sebelum pegi bukan main lagik cakap bersungguh-sungguh...Bila dah sampai, hai....dia kate penat ler, abang mengantuk ler..tangan abang sakit ler...ishhh..GERAM AKU TENGOK!!!..
Nielah hasil kerja dia...
Safiyyah...anak buah aku...lagik x dengar cakap..GERAM JER.....
Cepat Abang....Tekan sikit warna tue...
Jangan tengok orang...cepatlah...
Nielah..yang dapat No.13...Safiyyah x menang langsung...
Suke ler tue..janji dapat hadiah...

Khamis, 7 Julai 2011

Aku Nak Kurus...Nggeeee...

8 tip miliki tubuh sempurna:
* Pastikan anda tahu kandungan makanan yang diambil

* Elak menahan lapar semata-mata tidak mahu gemuk.
* Kurangkan kadar sajian makanan yang selama ini
   menjadi menu tetap.
* Makan banyak produk bijirin, kekacang, buah-buahan
   dan sayur-sayuran.
* Kurangkan penggunaan garam dan gula.
* Lakukan aktiviti senaman secara berkala.
* Nikmati gaya hidup sihat seperti beriadah, bersenam
   serta amalan gaya hidup sihat.
* Minumlah banyak air terutama air masak
   sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

INFO: Langkah penjagaan diet
* 1. Bagi mengelak berat badan berlebihan, kurangkan

        pengambilan tenaga dan lemak yang banyak.
* 2. Tingkatkan penggunaan karbohidrat kompleks dan
        gula semulajadi daripada 28 peratus kepada 48 peratus
* 3. Kurangkan pengambilan gula yang diproses daripada
        45 peratus kepada 10 peratus daripada keseluruhan jumlah
        tenaga.
* 4. Jumlah lemak tidak melebihi jumlah tenaga. Lemak
        polyunsaturated tidak lebih 10 peratus dan lemak
        monounsaturated pada kadar 10 peratus hingga 15 peratus.
* 5. Kurangkan pengambilan kolesterol tidak lebih dari
        30mg sehari.
Bolehkah aku kurus seperti duluuuu....

Rabu, 6 Julai 2011

Akhirnya bertemu jugakk...

Selama nie dah bermacam-macam produk aku cuber untuk cantikkan muke aku nie..yelah, nampak bersih...tapi jeragat melambak...Akhirnya pada tahun lepas..aku pun mencubalah produk nie..dan hasilnyer...memberansangkan..
Aku nak kongsi dengan korang aper yang aku pakai kat muke aku nie eah...
Untuk pengetahuan korang..aku pun dah belikan mak aku produk nie...yelah..aku pun nak mak aku cantik gak....ngeee..
Ramai wanita yang inginkan kulit wajah yang cantik dan cerah. antara produk yang menjadi pilihan aku yelah Safi Rania Gold. Bukan saja mudah didapati tapi harga yang jimat menarik ramai pembeli untuk mencubanya. Dilancarkan pada tahun 2009, Safi Rania Gold adalah produk anti penuaan yang diperkaya dengan formulasi Teknologi Nano Emas 24K yang menjanjikan keupayaan untuk mengurangkan kedalaman kedutan dan garis halus sehingga 55% dengan membaiki keanjalan kulit dalam hanya 3 minggu.


Rangkaian produk penjagaan kulit esklusif dari SAFI ini turut diperkaya dengan protein mutiara serta Vitamin B3 untuk mencerah, memulihkan kesegaran dan seri wajah sambil memperkuat struktur kulit.

1.Krim Pembersih Wajah SAFI RANIA GOLD – 50g(RM8.90) /100g(RM14.90)
Pembersih muka ini bukan sahaja membersihkan kulit daripada segala kotoran, habuk dan daki, tetapi juga berkesan menanggalkan solekan sambil membuatkan kulit terasa segar sepanjang hari. Krim Pembersih Wajah SAFI RANIA GOLD diperkaya dengan pelbagai nutrien yang melembapkan kulit, menjadikannya lembut dan licin selepas setiap kali dicuci.

2.Gel Pembersih Wajah SAFI RANIA GOLD – 50g(RM8.90) /100g (RM14.90)
Sesuai untuk kulit kering, formula imbangan pH Gel Pembersih Wajah SAFI RANIA GOLD lembut kepada kulit kerana ia tidak menghakis emolien semula jadi kulit setiap kali anda mencuci muka.

3.Skrub Wajah SAFI RANIA GOLD – 75g(RM14.90)
Apabila usia kita meningkat, keupayaan kulit kita untuk menanggalkan sel kulit mati merosot, menyebabkan kulit semakin suram. Skrub Wajah SAFI RANIA GOLD membantu menanggalkan sel kulit mati dengan berkesan untuk menyerlahkan kulit yang sihat berseri. Gunakan dua kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang ketara.

4) Penyegar SAFI RANIA GOLD – 80ml(RM14.90)

Pori yang besar dan terbuka mudah memerangkap kotoran dan menimbulkan masalah kulit. Penyegar SAFI RANIA GOLD yang dirumus dengan air mawar mengecilkan pori dan membantu menyediakan kulit untuk menyerap lembapan secara optimum. Gunakan penyegar selepas setiap kali anda membasuh muka.

5) Krim Kontur Mata SAFI RANIA GOLD – 15g(RM17.90)

Krim Kontur Mata SAFI RANIA GOLD dirumus khas untuk membaiki struktur kulit yang lembut di keliling mata, mengurangkan kemunculan garis halus dan mencerahkan lingkaran gelap bawah mata. Serlahkan kecantikan mata anda dengan sapuan krim ini siang dan malam.

6.Krim Pelembap Siang SPF 20 ++ SAFI RANIA GOLD – 40g(RM23.90)

Untuk mengelakkan kesan buruk sinar UVA dan UVB matahari, sapukan Krim Pelembap Siang SAFI RANIA GOLD dengan SPF 20 ++ setiap hari. Anda bukan sahaja tidak perlu lagi risau tentang bintik penuaan dan warna kulit tidak sekata, bahkan kulit anda akan tampak lebih cerah dan sihat berseri!

7.Krim Pelembap Malam SAFI RANIA GOLD – 40g(RM26.90)

Kulit kita dibaiki dan dipulihkan semasa kita tidur. Untuk memanfaatkan proses semula jadi ini, sapukan Krim Pelembap Malam SAFI RANIA GOLD untuk membantu proses penghidratan dan pemulihan kulit. Anda dapat melihat kulit anda lebih remaja dan berseri bila anda bangun setiap pagi!

8.Krim Kecantikan SAFI RANIA GOLD – 16g(RM10.90)

Dengan Krim Kecantikan SAFI RANIA GOLD, kulit anda tidak akan tampak suram dan tidak bermaya. Diperkaya dengan nutrien, Krim Kecantikan SAFI RANIA GOLD membantu melenyapkan bintik penuaan dan garis halus. Krim Kecantikan ini juga boleh digunakan sebagai asas mekap.

9.Serum SAFI RANIA GOLD – 20ml (RM35.90)

Mengandungi segala kebaikan Nano Emas 24K dalam bentuk serum yang menyerap pantas dan tidak berminyak untuk mengembalikan keanjalan kulit wajah. Mengandungi gabungan asid amino yang meneutralkan radikal bebas untuk menghalang kulit menjadi kusam


@: sape yang penah try boleh lah share kat cini yer