Kenapa kita mengambil makanan secara berlebihan? Sesetengah orang mengambil makanan secara berlebihan kerana mengalami masalah emosi.
Tertekan, marah, kecewa, ingin melupakan seseorang dan pelbagai perasaan yang boleh mencetus sebab untuk terus makan.
Dan akhirnya, anda bukannya getting better, but you are getting bigger. Kajian telah menunjukkan bahawa ramai orang yang mempunyai berat badan berlebihan menghadapi kesukaran untuk mengawal makanan ketika keadaan emosi terganggu. Asas yang mudah adalah, dalam keadaan emosi terganggu, kita cenderung untuk tidak berfikir secara rasional.
Berikut merupakan beberapa langkah untuk mengawal keadaan ini.
1. Anda seharusnya berhenti sekejap sebelum mengambil makanan ketika anda sedar bahawa emosi anda tergangu ketika itu.
2. Tanya diri anda, kenapa terlalu banyak makanan yang anda ambil pada ketika itu.
3. Awasi diri anda sekiranya anda makan bukannya pada waktu yang sepatutnya anda makan. Apakah yang mendorong anda untuk makan?
Sekiranya amalan mengambil makanan ketika emosi terganggu terus diamal, lama-kelamaan anda menjadikan amalan pemakanan ini sebagai cara mudah untuk merawat emosi anda. Kesannya adalah pengambilan kalori ke dalam badan anda akan menjadi tidak terkawal dan akhirnya memberi kesan kepada berat badan anda.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan