Selasa, 10 Mac 2015

Taman Comel Depan Rumah:- Kisah Membaja Ros Jepun....Habis Tertumpahhh

As salam semua..
miahahaha
minggu nie xde citer susun atur yang nak dikongsikan
cuti aritu pun aku sibuk kemas rumah..
lap habuk bagai..mop lantai..lap kipas..huhuhu
penat..nasib ada encik suami yang sudi tolong

dia pun penat gak..sambung mengecat bahagian pergola tu..
nak jadi cerita..tetengah mengecat..cat x cukup..
urmmm..postpond lagik nak siapkan..
huwaaa..

aku cuma nak kongsikan hal pokok ros jepun aku ni..hehehe
mesti ada yang bosan sebab x semua orang sukakan bunga
aku pernah cakap yang aku x suka tanam pokok ada bunga nie..
takut tanggung risiko dan takut stress bila pokok tu x berbunga..hiuueeeee

tapi ros jepun a.k.a RJ ni lain sikit
dia senang hidup dan senang sangat nak berbunga..
sebelum ni aku pernah bagitau yang pokok RJ aku nie kecut jer x gemok2
ada gak aku mintak idea kengkawan kat group fb
thanks la sebab ada yang bagi solution nye..

minggu lepas aku dah beli pun baja RES dari Mr. Rinson Lim..
dari Perak ko datangnya..jauh
dia memang ada jual set baja..tapi aku x mampu beli..hehehe
bukan x mampu (belagak siottt)..
cuma aku rasa x berbaloi..baja jeee punnn
aku tengok dia cakap guna baja RES ni campur dengan baja biasa pun okayyy jerr
huhuhu..
aku pun beli yang RES ni jelee..

baja RES nie adalah singkatan dari perkataan Rinson Epsom Salt
formula ajaib ciptaan Mr Rinson ni..
alaaaa..aku lupa nak amik gambar dia nak tunjuk kat korang..
ni gambar aku tunjuk nie pun aku ambil dari blogger sweetiesaqi.blogspot.com..
sory yea cik puan..saya pinjam gambar..
huhuhu


haaa...cam garamkan...hehehe
dia sebenarnya cam pemangkin untuk membantu cepatkan penyerapan baja
camtu lah tugas dia..yang lain korang search sendiri yerk..
aku beli 2kg RM21 termasuk pos..
telan air liur aku nak kuarkan duit..
selama ni beli baja tahi ayam baru RM5..
kahkahkah..

tulah kannn..aku asyik ngomel jer beli baja ni..
nasib x baik..kikiki..
masa aku bukak plastik dia tu..habis ko tertumpah..
setengah plastikla jugak bertabur kat lantai..
dalam pasu RJ aku berlambak dia tumpah..
hahaha..menyumpah2 aku
ish..ish..ish
gambar pun aku x sempat ambik..hati dah sakit..
cecepat aku ambik sudu plastik aku ceduk yang dalam pasu RJ tu dulu..
takut mati woiii pokok aku..dah setimbun dengan baja nie..
kuikuikui
cecepat aku g tabur kat pokok yang lain..pastu baru ambik yang kat lantai
lebih tu malas aku nak ambik sebab dia nie sejenis garam..kena lantai terus melekat
yang kat pasu RJ tu pun dah susah nak kuarkan..
aku jirus je dengan air biar dia melimpah keluar
rugi..oiiii..bertambah2 rugi..kikiki
padan dengan muka aku..
haaaaaa

harap2 pokok aku lepas ni subur..
sebab ada juga yang kongsi kat group fb kata baja nie baguss..
lepas 2 minggu baru nampak keputusan dia..hehehe

nielah rupa RJ aku sekarang..
taman comel dah berubah rupa..
aku dapat tengok seminggu 2 kali jer..Sabtu dan Ahad..
hari lain kejeee..balik pun dah menguncupp





aku sukaaa..aku sukaaaa..
hakhakhakhak..
abaikan ajer lantai aku yang berdaki tu..
nanti encik suami kata nak sentalll bersih2 kasi cantik
urmmm..bye

Selasa, 3 Mac 2015

Projek Deko:- Mengecat Area Luar Rumah

As salam semua
hehehe
sory sebab baru nak hupdated cerita

sebenarnya bukan xnak kongsi cerita..
tapi..sebab projek yang aku buat tu x settle lagik..
camne nak cerita..kannn...kekeke
ini pun ada sikit lagik bahagian yang x settle..
oleh kerana aku sendiri yang dah x sabar sangat nak share dengan korang
aku hupdated jelahhh..yea
kikiki

rumah aku (beli rumah lelong) sejak beli memang x pernah cat lagik
dah nak masuk 2 tahun aku masih menggunakan warna cat rumah asal
terang benderang..
warna peach/pink..
aku macam x masuk je nak letak warna ni kat area luar rumah
menyerlah kauuuu
nie ha warna asal dia..dah berdaki dah pun..
adoiii..ada warna hijau yang aku x tahan tu..
hahaha


aku ni penat jugak nak memujuk encik suami sebab nak cat area luar rumah ni tau
adoiii..
ini kira dah berjaya dah nie..
sebab duit cat semua aku yang bayar..hahaha
ehhhh..aku pandai..
lepas tu aku claim balik..
ko hengat sikit2 beli cat ni..
kuikuikui..
beli yang tahan 6 tahun punya
aku masih percaya pada SANCORA
tapi kali ni beli yang jenis arcylic..wheater @ guard extra
satu liter RM29.90...tapi nak jimat aku beli sekali 5 liter...RM117.90..


aku sebenarnya lebih sukakan warna yang sederhana..pastel macam tu..ala2 warna tanah
xde la nampak meriah sangat rumah aku ni
aku nak rumah aku nampak cam biasaaaa..jeeee
kekeke..
xdelah nanti bila ada yang lalu toleh kat rumah aku ni
cam terperanjat berokkk..hahaha
aku pilih warna yang biasa orang guna untuk perumahan baru sekarang
biasa...warna biasa ajerrr
hakhakhak..
aku guna 2 color sahaja..expresso dan light cream...
setakat ni..aku dah guna 10 liter warna light cream..dan 6 liter warna expresso..
rugi aritu beli expresso asing 1 liter..harga mahal..
last minit encik suami cakap nak guna lagi warna expresso ni untuk cat bahagian dalam palang
urmmm..rugi..rugi..

projek nie aku buat masa cuti Tahun Baru Cina aritu
tapi x siap..kitaorang sambung buat sesikit hari2...
nie pun ada yang x siap..pergola x cat lagik..bahagian dalam palang majoriti x cat lagik
huhuhu
tunggu encik suami ada masa baru boleh buat...urmmm

hari pertama aku mulakan projek alihkan pokok/pasu
cabut segala yang ada..sedihhh
lepas ni dah x nak tanam pokok banyak2 kat tanah...
nanti nak jirus habis cat..hahaha..bolehhh
nasib Firdaus rajin tolong ibu
tu pun buat nak taknak jeee tue..
paksa rela kauuu..hihihi



tengok...bersepah dah kawasan area luar rumah...
proses mengecat nak dimulakan..
weihuuuuu


encik suami mulakan dengan warna light cream tu..
yang susah2..yang tinggi2 semua dia yang buat
aku cat warna expresso je..
yang senang2 dan rendah je..hihihi
malas aku nak memanjat..lagipun cuaca panaslah sangattt..adoiii
buat kerja mengecat ni..aku dengan encik suami sakit kepala berhari2
nak taknak siap kan jugakkk
kalau x bila lagik nak buat
tunggu raya kang..ntah buat ke takkk nanti
mentara mood encik suami nak buat kerja ni baik aku teruskan
kang dia berubah fikiran kanggg...
haaaaaaa


nielah haa..bila dah siap catnya..
simple aje..
gambar silau sikit sebab ambik gambar masa balik kerja kol 6 petang.. 
mungkin korang x suka kot warna ni..
aku suka sebab nampak natural...cam air nescafe..kikiki
laaaa..nampakla aku punya pergola x cat lagik
korang abaikan aje eah...
nanti kitaorang settlekan..
nampak kusam tak....hahaha
dah x ceria dahhhh...kannn


lepas ni rancang nak siapkan pergola dan area yang x selesai lagik tue
pastu nak cat pagar ni..x matching sudahhh
kalau ada rezeki terlebih tu
memangla nak pasang tile
nampak kemas sikit lantai..kann
nak pilih warna cekelat dengan cream jugak
bahahaha

ni rupa baru taman comel aku..
kurangkan menanam kat tanah..
ubah suai sikit susunan..
tambah batu banyak2..hehehe
abaikan pokok ros jepun aku yang dak menguncup tu
dah petang kannn
dia kembang pagi jerrr..huhuhu

ni pandangan dari pintu rumah..
senang hati tengok kawasan nie..
dah xde daki2 lagik..


ha..tu batu2 aku beli lagik untuk tambah..
penat tu buat kerja menyusun...
sakit pinggang aku kauuuu

pagar pun dah tukar pagar putih..
tapi x cukup pulak
sakit mata aku tengok pagar sambung warna hijau tu...
bilalah dapat pergi nursery lagik nak beli yang baru ni..
urmmmm


okayyy..
tu ajelah yang aku nak share kali nie
hati dah lega sebab masalah cat luar rumah dah selesai..
huhuhu....
bye
p/s: seronok tengok rumah orang yang dah siap cantik2 bahagian depan rumah..waaaaa

Isnin, 16 Februari 2015

Make Over Papan Gosok Baju...

As salam semua
semoga sihat dan ceria hendaknya
kekeke..

ari nie rasa seronoknya nak g keje
maklumle keje 3 ari aje
yang memang ambil cuti untuk esok dengan lusa lagik ler syiokkk
6 hari melepak kat umah
kuikuikui

aku...cukup kot cuti 4 hari tu..
lagipun cuti dah x banyak..
baik aku simpan tok cuti raya nanti kannnn...

cuti kali nie aku x berjalan..
encik suami kena koje
lagipun kitaorang ada projek yang nak kena buat
hehehe
nanti dah siap aku share eah..
xreti nak teaser2 ni..hihihi

ok..kalau korang baca tajuk mesti dah tau ape yang aku buat
alaaaa...mesti korang pun pernah alami ape yang aku alami ni..hehehe

kat bawah ni ialah bilik menggosok a.k.a bilik simpan baju anak..
dan segala beg..narita dan tikar2 yang jarang digunakan..
memang x pernah pun share bilik nie kat korang
malahan semua bilik kat rumah ni aku belum share kat korang lagik..
kecuali bilik anak
hehehe..mengelatkan..
nak share yang elok2 ajer

alaaa.. bukan macam tu sebenarnya
memang nak share pun..
cuma banyak yang perlu diubahsuai
kang kejap2 share sampai bila nak abis..
biar siap betul2 baru share..kikiki

haaaa..nielah biliknyeee
simple ajerrr..
bilik nie kembar dengan bilik anak..
diasingkan oleh bilik air sahaja..


nie bahagian sebelah dia..
berbaris aku susunkan barang..
almari putih tue lah yang aku pernah ceritakan nak make over tu
tapi x tertunai lagik dek kerana kemalasan yang tahap gaban
sticker dah beli tapi x buat2 lagik
pemberian mak angkat aku..
anak dia skrg dah umur 26 tahun tau..seusia dengan almari ni..kikiki
 

tu barisan tudung aku..
menyemak aku tengok..
memang saje gantung kat situ supaya senang nak ambil
sebelum ni aku letakkan dalam almari pakaian kerja kat bilik bawah
semua jenis bawal atau shawl aku lipat..
selalu sangat kena punggah bila aku nak cepat
cara penyelesaiannya aku beli tempat gantung nie dan gantungkan..
abis cerita..
 

ni tudung awning koleksi aku
x beli pun yang mahal2
yang paling mahal pun aku beli dalam harga rm60-70 ajerr
nie korang tengok banyakkan..
petang semalam aku dah angkat separuh pergi hantar umah mak aku
yang jenis 3 layer ni..dah x minat dah..
bagilah pada sape yang pakai..derma
hehehe
 

sekarang aku minat jenis yang shawl ataupun halfmoon..
lagik2 yang x payah gosok..
cepat sikit nak pakai..
ada lagik yang jenis bawal aku simpan berlipat dalam laci
x muat dah nak gantung..
 

nie yang sebenarnya yang aku nak share
papan penggosok aku yang dah berlubang....
dah menipis dah pun..
mana taknyaaa...dari kahwin aku pakai
skrg Firdaus dah berumur 10 tahun kauuu
yang berlubang tu eksperimen dia lah tu..
memandai2 bukak suis gosok sendiri..
adoiii..nasib x kena tangan..

aku nak gosok baju pun dah x sedap
macam menggosok atas papan tau tak..
baju batu habis jahanam..
tue yang terpaksa mengmake over jugak tu..


make over guna benda yang sedia ada jer
cuma kuarkan duit ajer..RM11.90 from Mr. DIY
ekekeke
warna nie yang aku berkenan
yang lain warna warni sangat..sakit mata aku
 

masalahnya pulak kain alas ni tali pengikat dia satu aje..
stapler gun aku dah le tinggal kat opis
aku kalau buat keje nak cepat memanjang..adoii
cari je dalam stor ape yang ada..
jumpe pulak paku yang jenis nie..aku sebatkan ajeee
 

ikat tali siap2 kat hujung..
tengok tu..aku taramkan aje..x senonoh betull
alaa...bawah bukan orang nampak pun..
aku je yang tau..kikiki
pastu yang lain aku pakukan..
dah le buat kat bilik atas..
memekak satu umah..
hahaha
kelentang-kelentung
 

tu yang hujung aku kelepetkan ajerr..
korang pernah dengar tak perkataan kelepet ni..hahaha


sampai habis aku pakukan..
biar tegang2 sikit..
syok sikit nak gosokkk..
 

taraaa..dah siap..
pakai baju baru..
xyah kuarkan duit nak beli yang baru..
 
semalam dah cuba guna..
sedappnye menggosok...smoothhhh jeeee


 nie pandangan dari tepi..
lebih kurang sama dengan warna dinding..


haaa..dah siap kerja aku
nie kalau anak aku terbakau kan lagik
x taulah nak ckp mcm mane..
hihihi..
ok bye..
selamat bercuti..
kongsi2..

Rabu, 11 Februari 2015

Cameron Highlands Lagik..Tak Jemu Ke Wooiiii...

bahahaha..
gelak sendiri aku baca tajuk post nie..

as salam semua..
semoga semua sihat sejahtera dan gembira selalu..

seminggu gak x dapat update blog..
byk keje yang nak kena buat..
stress sampai sakit2 kepala..
stress dengan perangai orang..dengan keje xdelah sangat
sebab bagi aku kalau keje menimbun tapi hati x sakit
its no problem
boleh jerr siapkannn..huhuhu
tapi kalau hati dah sakit..keje sikit pun boleh jadi stress
kah..kah..kah..

dah..dah..abaikan aje ape yang aku cakap..

kita sambung balik pasal tajuk yang kat atas tu
huhuhu

Cameron Highlands ni memang dah tempat wajib aku pergi setiap tahun..
cuma kekadang aku malas nak citer kat blog ni..
ala..tempat pun tempat yang sama kannn
cuma nak mention kat sini
bila aku bawak je stoberi kat opis..
mesti bos dan kengkawan aku akan sound..BALIK KAMPUNG ke..
kikiki
bos aku pun heran asal aku seronok sangat nak ke sini
ape yang ade????
x muak ke...

hahaha..
aku ni memang sukakan pokok dengan pemandangan yang indah2
jadi x heranlah yerk nape aku suka ke sini..
yang lain sebab dia ialah....
ermmm..entah..memang aku suka..
rasa romantik sangat...miahahaha

ok..ok..sambung balik eah

sebenarnya 2 minggu lepas aku baru je balik dari Cameron Highlands
alaaa..g tido semalam je
alang2 g rumah orang kahwin kt Tambun
singgah sekali
lagipun nak bawak mak angkat aku yang x pernah lagipun jejakkan kaki..

pergi pun 2 kereta jerr..
kitaorg gerak lepas suboh pagi Sabtu..
oleh kerana jem sangat kat area Sungai Buloh..
kami sampai kat umah orang kahwin tu dalam area kul 2..
adoii..masak dalam kereta..
panas gila..berhenti RnR 2 kali jer..tok sarapan dgn g tandas..huhuhu

lepas je makan2 kt umah orang kahwin terus gerak naik Cameron Highlands
ikut laluan Simpang Pulai
entah kenape kali ni aku rasa x syok sangat g Cameron ni..
rasa takut dan cuakkkk je kat dalam badan ni..

mana taknya..setiap laluan ada je kawasan tanah runtuh yang sedang dibaiki
yang paling gerun..ada kawasan yang dah tinggal sebelah je laluan dia
seriauuu aku..
memang terkejut beruklah mak angkat aku yang x pernah pergi tu..kikiki
sebelum ni aku pernah cakap dengan dia jalan ok je...bahahaha

x sampai 2 jam aku dah sampai Cameron..
sampai Lavender Park dalam area kul 4.30 petang..
orang dah x ramai masa tu..
masing2 sampai terus berposing la..
xleh nak lama2 sebab abah aku ikutttt..

abah aku ni kalau berjalan x suka lama2..
lagik2 ko asyik nak amik gambar sana sini..
mula la dia buat muke boring..hihihi

jadi semua xleh nak lepak lelama..
amik2 gambar...jalan pusing2..terus keluar...
errmmm..nie je gambar yang dapat amik..
sebab aku dah seriau dgn laluan yang banyak tanah runtuh tadi..
aku terus hilang mood nak bergambar..
lagipun dh selalu pergi..x heran dah pun..

berlari2 bebudak ni nak ambik gambar..
walaupun nampak cam panasss..
tapi cuaca sejuk sangat..
Firdaus dgn Fariezal action sangat..maklum dah selalu pergi
semua benda dia nak tunjuk..muehehehe


bergambar dengan mak aku..mak angkat aku dan adik bongsu aku nie..
dia jadi driver tok keluarga mak angkat aku..
sebab menantu dia x pergi..kerja
lagipun first time pergi..x biasa jalan..


nie gambar mak dengan abah aku
kerasss je abah aku tu..cam x rela nak ikut kitaorang..hihihi


mak angkat aku yang termenung tu..
hahaha..
teruja atau terkujat dapat datang sini..mihmihmih

nie budak comel yang suka sangat..
dalam kereta asyik tanya nak pergi tempat stoberi kee..
hihihi..seronok aku tengok si comel ni gembira..


abah aku yang dah buat muka bosannn..
dah lapar katanya...
huhuhu
sabar yea abahhh..anak abah nak posing jap dengan encik suami dia...
budak2 ni pun nak posing lagik sikit..
pastu kita boleh g makan yea...


 






haaaaa...
selesai bergambar terus naik kereta
jalannnn..
nak singgah Taman Ros..dah tutup
semua majoriti dah tutup
sebab Pasar Malam kan petang tu kat Brinchang..

jadi kitaorg terus je g Cactus Valley..
tu pun sekejap jer..






lepastu terus turun g Tanah Rata
jumpe owner apartment ambil kunci
aku booking apartment kat Royal Lily Park aje
senang..boleh masak..tapi kali ni aku deal dgn Cikgu Anies x syok sikit
sebab apartment ni x banyak narita..
dulu...aku dok kat Carnation Park memang best sangat
narita berlambak2..aku dgn encik suami pakai sampai 4 narita buat selimut
sejok woiii..

sampai apartment je terus makan...
mandi dan solat..
lepas magrib terus gerak g Pasar Malam Brinchang..
adoii..pergi bawak budak kecik memang sedih..
asyik nak lepas je jalan sendiri..
geram aku tengok...banyak benda yang x dapat nak beli sebab layankan dia..
erm..siap2 memborong terus balik rumah tido

narita tak cukup..sampai sakit dada aku tido..
nasib bantal peluk sebelah ada..
boleh peluk..miahahaha

esoknya pulak kitaorang sarapan kat apartment aje
aku dah bawak sesiap bahan2 nak memasak
xyah makan kat luar
abah aku dah le xleh lambat makan
nak tunggu sorang2 bangun..mandi..sampai kul berapa

aku siap masak makanan utk makan masa otw balik nanti
ala simple ajerk
masak nasik..sambal sardin..rendang daging orang kahwin dgn timun

roti sandwich dgn jagung bakar beli kat pasar malam
jajan pun banyak dalam kereta..
xyah pening2

pagi tu gerak terus gerak g MARDI dulu
jalan2 ambil gambar ajer..
kedai teh pun belum bukak lagik..
byk sayur2 yang baru ditanam
anggur pun dah xde buah..
sob..sob..sob..


nie budak kecik yang banyak songehhh..nak jalan sendiri jerk..
 




abah aku dah mula buat muka bosannn..nak kejar cucu lagik
hahaha


dah abis bergambar semua keluar nak gerak naik Brinchang semula
sebab aku rancang nak bawak diaorang g Taman Ros
abisss..jalan jem gila
clash pad (betul ke idak aku sebut ni..) kereta yang adik aku bawak tu dah berbau hangit
dia pakai kereta manual
sakit kaki wooo..baru separuh perjalanan dia col aku ckp x nak pergi..
lambat..jalan jem
abah aku pun dah bising..
adoii
buat keputusan g aje pasar tani beli ape2..
Kea Farm pun x dapat nak pergi..
rugi betul

kitaorang g Kampung Taman Sedia 
lepak kat hutan rekreasi dia tok makan tengahari
lepas tu terus gerak balik Melaka
ladang teh pun xsempat pergi sebab xde parking
orang bukan main ramai lagik oiiii
Lata Iskandar lagik le x singgah..bebudak semua dah tido
jalan je terus balik

erm..jalan kali ni x berapa seronok
dengan aku seriau sebab jalan lalu Tapah ni lagik banyak bekas2 tanah runtuh
tapi nampak lebih selamat berbanding laluan Simpang Pulai
apae2 pun banyakkan berzikir yea bila berada dalam kereta tu..

sory sebab cerita panjang sangat
aku malas nak buat part 1 dgn part 2 yea..kikiki
ok bye