Selasa, 3 Mac 2015

Projek Deko:- Mengecat Area Luar Rumah

As salam semua
hehehe
sory sebab baru nak hupdated cerita

sebenarnya bukan xnak kongsi cerita..
tapi..sebab projek yang aku buat tu x settle lagik..
camne nak cerita..kannn...kekeke
ini pun ada sikit lagik bahagian yang x settle..
oleh kerana aku sendiri yang dah x sabar sangat nak share dengan korang
aku hupdated jelahhh..yea
kikiki

rumah aku (beli rumah lelong) sejak beli memang x pernah cat lagik
dah nak masuk 2 tahun aku masih menggunakan warna cat rumah asal
terang benderang..
warna peach/pink..
aku macam x masuk je nak letak warna ni kat area luar rumah
menyerlah kauuuu
nie ha warna asal dia..dah berdaki dah pun..
adoiii..ada warna hijau yang aku x tahan tu..
hahaha


aku ni penat jugak nak memujuk encik suami sebab nak cat area luar rumah ni tau
adoiii..
ini kira dah berjaya dah nie..
sebab duit cat semua aku yang bayar..hahaha
ehhhh..aku pandai..
lepas tu aku claim balik..
ko hengat sikit2 beli cat ni..
kuikuikui..
beli yang tahan 6 tahun punya
aku masih percaya pada SANCORA
tapi kali ni beli yang jenis arcylic..wheater @ guard extra
satu liter RM29.90...tapi nak jimat aku beli sekali 5 liter...RM117.90..


aku sebenarnya lebih sukakan warna yang sederhana..pastel macam tu..ala2 warna tanah
xde la nampak meriah sangat rumah aku ni
aku nak rumah aku nampak cam biasaaaa..jeeee
kekeke..
xdelah nanti bila ada yang lalu toleh kat rumah aku ni
cam terperanjat berokkk..hahaha
aku pilih warna yang biasa orang guna untuk perumahan baru sekarang
biasa...warna biasa ajerrr
hakhakhak..
aku guna 2 color sahaja..expresso dan light cream...
setakat ni..aku dah guna 10 liter warna light cream..dan 6 liter warna expresso..
rugi aritu beli expresso asing 1 liter..harga mahal..
last minit encik suami cakap nak guna lagi warna expresso ni untuk cat bahagian dalam palang
urmmm..rugi..rugi..

projek nie aku buat masa cuti Tahun Baru Cina aritu
tapi x siap..kitaorang sambung buat sesikit hari2...
nie pun ada yang x siap..pergola x cat lagik..bahagian dalam palang majoriti x cat lagik
huhuhu
tunggu encik suami ada masa baru boleh buat...urmmm

hari pertama aku mulakan projek alihkan pokok/pasu
cabut segala yang ada..sedihhh
lepas ni dah x nak tanam pokok banyak2 kat tanah...
nanti nak jirus habis cat..hahaha..bolehhh
nasib Firdaus rajin tolong ibu
tu pun buat nak taknak jeee tue..
paksa rela kauuu..hihihi



tengok...bersepah dah kawasan area luar rumah...
proses mengecat nak dimulakan..
weihuuuuu


encik suami mulakan dengan warna light cream tu..
yang susah2..yang tinggi2 semua dia yang buat
aku cat warna expresso je..
yang senang2 dan rendah je..hihihi
malas aku nak memanjat..lagipun cuaca panaslah sangattt..adoiii
buat kerja mengecat ni..aku dengan encik suami sakit kepala berhari2
nak taknak siap kan jugakkk
kalau x bila lagik nak buat
tunggu raya kang..ntah buat ke takkk nanti
mentara mood encik suami nak buat kerja ni baik aku teruskan
kang dia berubah fikiran kanggg...
haaaaaaa


nielah haa..bila dah siap catnya..
simple aje..
gambar silau sikit sebab ambik gambar masa balik kerja kol 6 petang.. 
mungkin korang x suka kot warna ni..
aku suka sebab nampak natural...cam air nescafe..kikiki
laaaa..nampakla aku punya pergola x cat lagik
korang abaikan aje eah...
nanti kitaorang settlekan..
nampak kusam tak....hahaha
dah x ceria dahhhh...kannn


lepas ni rancang nak siapkan pergola dan area yang x selesai lagik tue
pastu nak cat pagar ni..x matching sudahhh
kalau ada rezeki terlebih tu
memangla nak pasang tile
nampak kemas sikit lantai..kann
nak pilih warna cekelat dengan cream jugak
bahahaha

ni rupa baru taman comel aku..
kurangkan menanam kat tanah..
ubah suai sikit susunan..
tambah batu banyak2..hehehe
abaikan pokok ros jepun aku yang dak menguncup tu
dah petang kannn
dia kembang pagi jerrr..huhuhu

ni pandangan dari pintu rumah..
senang hati tengok kawasan nie..
dah xde daki2 lagik..


ha..tu batu2 aku beli lagik untuk tambah..
penat tu buat kerja menyusun...
sakit pinggang aku kauuuu

pagar pun dah tukar pagar putih..
tapi x cukup pulak
sakit mata aku tengok pagar sambung warna hijau tu...
bilalah dapat pergi nursery lagik nak beli yang baru ni..
urmmmm


okayyy..
tu ajelah yang aku nak share kali nie
hati dah lega sebab masalah cat luar rumah dah selesai..
huhuhu....
bye
p/s: seronok tengok rumah orang yang dah siap cantik2 bahagian depan rumah..waaaaa

5 ulasan:

joijoi80 berkata...

Assalamualaikum...cantik warna macamtu ..saya suka.... yg penting tuan rumah yg duduk rumahtu suka.. kalau x mesti x selesa...

Sha Nazri berkata...

Kalet ijau kt lua pagar yg tak tahan tu..suka dgn warna cat baru tu..pokok2 tu pun susun rapi..sejuk je mata tangok..

sujer berkata...

Mekasih joijoi80 dan sha nikitasakura..mmg betul tu kena buat ikut selera kita kannn..baru rs seronok..cat sendiri je punn..nk jimattt

NabilaHasyim berkata...

Cantek la su..
Mmg warna trend Zaman skg.
Kena upgrade pagar plak lps ni..

Pokok besar tu (xtau nama) dh cabut, dah xtanam lg ke?

SUHAILAH RAMLI berkata...

hahaha..NabilaHasyim..tulah syg dgn pokok besar tu..sy pun x tau nama dia..kekeke..tapi masalah gak tanam pokok tu sebab akar dia cm pokok lengkuas..berbonggol2..susah nak kuarkan..tu yang encik suami x kasi tanam lagik..