Isnin, 11 Ogos 2014

Tahun Ni Tiada 'Open House"...

Assalamulaikum semua..
barulah sempat sikit nak updated cerita..
orang dah berepisod aku baru terhegeh-hegeh nak menaip..ngossss

Macam tajuk kata atas tu..hihihi..tersangatlah poyokan..
nampak sangat x nak bagi orang datang..waaaa

erm...sebenarnye bukan xnak wat open house bagai..tapi awal tahun aritu baru je buat house warming..terbayang2 lagik muke aku kepenatan..
terbongkang tidur x hengat dunia..aduhai...seronok memanglah seronok ramai kengkawan yang datang..

raya tahun ni pulak..aku cuma xnak lah buat open house sekali harung yang besar2an punyer yang macam biasa aku buat setiap tahun tu..
dulu dok dengan mak memang maklah yang tolong..
kalau penat aku biarkan je mak aku yang buat
ni bila dah dok rumah sendiri..nak taknak ko kena buat jugak..
yang lain dah selesai kemas semua nak balik rumah memasing..
jadi yang nak mop bagai..menyapu..
susun pinggan mangkuk tu bukan aku ke laki bini yang nak kena buat..hahaha

hai..kengkawan aku dengan encik suami semua tanya..
tapi kitaorang tetap mengalu2an kedatangan saudara mara dan sahabat handai semua..
sape nak datang sila col dan aku buatlah sedikit preparation..
kalau korang nak tau..ni dah kali ke 5 aku buat makan2 kat umah tau
sekali yang datang tu bukannyer sorang dua..
dalam 5-6 keluarga..minggu lepas kawan encik suami jer dah 10 keluarga..hahaha
memanglahhhh seronok...
walaupun penat masak tapi berbaloi sebab mereka sudi datang rumah kitaorang ni..ahakkkk

kali pertama:
tetamu: kawan encik suami dari Johor, kawan masa bujang..family aku dan jugak sepupu aku
kali kedua:
tetamu: mak saudara suami sekeluarga dari PD, Seremban, kawan suami masa bujang dan jugak emak saudara aku anak beranak
kali ketiga:
tetamu: kawan opis aku sekeluarga, kawan juruteknik aku dan sepupu aku sendiri
kali keempat:
tetamu: kawan kerja suami aku, jiran tetangga dan geng gonjeng aku masa zaman sekolah
kali kelima:
tetamu: kawan masa sekolah rendah dan jugak kawan kerja suami aku..

insya Allah minggu ni..keluarga mertua dan ipar duai belah suami semua nak datang..
alhamdulillah..setiap insan yang mengunjungi rumah kita tu membawa rezeki masing2..

ni antara gambar yang sempat aku ambil..itupun masa kali keempat dan kelima tetamu yang datang..
yelah sebab yang datang tu geng2 gonjeng aku..ahakkk..
kalau kawan encik suami seganlah pulak yea...







dalam sibuk orang makan2 semua aku pulak sibuk berposing dengan geng2 gonjeng aku..ahakkksss
nasiblah encik suami sporting..xde hal..jumpe pun setahun sekali jerk..




 wahhh..rindu sangat kat diaorang ni..kalau dapat kumpul semua..lagik kecoh...
okay..tu ajerrr
bye

Tiada ulasan: