Rabu, 20 April 2016

Rindu Kat Ros Jepun...

As salam..
ngehehehe..

dah lama dah gambar pokok2 ros jepun aku terbiar kt dalam komputer ni
pokok pun dah xde kat rumah

yelah haritu masa renovate rumah
semua pokok2 aku g sedekah kat mak2 sedara
separuh g hantar umah mak aku
takut dijahanamkan oleh pekerja2 tu karang..
 pokok delima aku habis dihempap oleh kayu2 tau
geram jee

nie sekarang encik suami sibuk soh aku tanam semula
adoii..musim panas kan...
lemah aku
dia cakap dia suka tengok..
meriah kau..

nie kat bawah nie gambar masa pokok ros jepun aku tengah merimbun
sebab dulu busy sangat x sempat nak hupdated..
kikiki












alahai..
rindunye
bila nak mulakan nie....

adoiii..

Isnin, 4 April 2016

Pemasangan Kabinet Dapur...

As salam..
hahaha

aku kan memang cakap terus teranglah kan..
masa nak renovate rumah nie
xdepun dengan encik suami ni nak g survey2
baik dari segi nak cari tukang ke..kontraktor ke
erm..
aku main hentam jelah janji sambung
tulah bila dah malaskannnn
aku kalu ajak encik suami pun..
dia asyik keje..je

itu pun nasiblah aku intai2 deko korang kat blog atau fb
dapatlah idea sesikit
kalu x lagi le teruk design umah aku ni

ape2 nak beli barang pun semua aku serahkan kat tukang..
yang penting aku bagitau dia aku nak mcm mane
aku wasab le kat dia gambar

konon nak g beli sendiri tile..
haram...semua tukang yang beli..kikiki

nasiblah tukang ni kawan abah aku
kira bolehlah dipercayai
walaupun ada sesikit yang dia x ikut ape yang aku nak..
erm...spoil betullah
xpelah...pikir positif..tenagkan jiwa
nasiblah dia dh bagi diskaun banyak kat aku...
muehehehe

eah..korang kalau nak tau
masa aku renovate umah nie..
satu hari pun kitaorg xpernah cuti keje
diaorang siapkan dalam tempoh 3 minggu..
aku percayakan aje kat tukang ni
kawan abah aku kan..
pekerja semua ada 5 org

alhamdulillah..memang boleh dipercayai
balik koje..tengok rumah dah siap bersih dan sapukan
pagi2 aku nak pegi koje aku hanya siapkan buat air dan belikan roti dgn biskut
kekadang tu aku belikan kek..kekeke
air 100 plus memang encik suami beli satu carton setiap minggu..
kesian..dah le buat keje panas2
hari2 balik keje pun aku topupkan ais..pandailah diaorg nak buat air sendiri kalu nak yg sejuk...

kat bawah nie adalah aku design sendiri bentuk kabinet yang aku nak
tu pun korek idea dari fb group DRSK..
tapi oleh kerana budget aku yang ciput nie
ada jugaklah yang aku removekan
tunggu tambah duit baru boleh buat



yelah..masa survey kt group DRSK tu..
aku memang nak buat jenis yang murah je
ala...yg melamine tu..xde pun jenis aluminium

tulah..malas nak survey kontraktor kan
aku tanya je pakcik tukang tu kalu ada kenal org yang buat kabinet
dia pun kenalkan kawan dia

yang dia kenalkan ni
bukan buat kabinet yang murah2
dia ckp org dh x guna melamine ni
semua katalog dia mahal2 ko..
terdiam aku...
abis aku deal punya deal..
dia bagi best price untuk yang aku nak nie..
ada beberapa bahagian aku removekan dari yang asal aku nak le kan
memang la kalu ikutkan dah murah sangat tu..
tapi dah over budget..
bukan banyak duit pun..
aku dapat harga RM4200 untuk kabinet aku ni
nak moden kan..ni jenis kayu material glossy arcyclic
x taulah bagi korang mahal ke tak..
sob..sob..sob..
kalu ikutkan nak sambung penuh
dalam RM6+++...tapi x cukup duit..hahaha
pastu ngigal2 nak buat jugak
xpe..tauke tu ckp nanti nak buat lagi panggil dia..
boleh tambah...

nielah rupa dia yerk..hihihi







haaaa..inilah rupanya..
alhamdulillah..cukup bahagia..kikiki

belum sempat nak deko2 sangat...
kalu boleh xnak benda yang tergantung banyak sangat..semua aku nak sumbat dalam laci..hihihi

ok..nanti sambung lagi..bye

Jumaat, 1 April 2016

Renovation aka Perbesakkan Dapur...

As salam semua..
dah lama x cerita pasal deko2 rumah..

nie nak share pasal awal tahun aritu.....
aku ada buat sikit renovasi kat bahagian dapur dan depan rumah
ala aku kan pernah cerita yang dapur aku tu sempit..
nie ha..ko tengok


memang pada mulanya belum ada hajat lagik nak sambung
tapi disebabkan oleh tingkap bilik bawah bahagian belakang tu dah reput
kesan anai2 yang ditinggalkan oleh tuan lama..
tu yang nak xnak terpaksalah buat jugak..
meleleh air hidung nak kuarkan duit..

bila hujan je air masuk kat dalam rumah..
pastu yang reput2 tu runtuh sesikit masuk dalam bilik
aku memang x gemarlah nak tengok reput2 yang jatuh tu kannn

nielah ruang dapur yang aku nak tambah tue..
ya Allah..berkarat..
aku memang x minat nak sental2 ni..ngehehehe


maknanya bahagian dapur.. aku pecahkan sambung terus ke pagar ni...
aku pulak memang xde planning la nak buat lawa2 sangat..
janji dapat sambung pun dah syukur..
nak design lawa2 sangat kang..duit pun banyak nak kuar..
hahaha..

gambar masa renovation aku x ambik..
xde napsu masa tu nak ambik..hahaha
lupa sebenarnya..
jadi aku share gambar yang dah siap jelah yerk...
hihihi

  
atas nie gambar bahagian masak dan sinki..korang kalau perasaan aku x buat tingkap langsung pun..
hahaha..
saje je sebab aku xnak kotor nanti kat bahagian tingkap sinki bila membasuh..
lagipun ianya bersebelahan dengan pintu keluar
aku pun ada pasang kipas kat situ
memang x panas pun..
alaaa..bukan selalu masak pun kannn


atas ni pulak bahagian laundry area..
belum sempat deko lagik..
nantilah bila dah deko cantik2 aku sharekan bahagian nie yea..

ok..tu je nak share
nanti aku sambung lagi cerita pasal pasang kabinet
owhh..lupa ni aku guna tukang kampung je
kawan abah aku..
ngeh..dapatlah harga diskaun sikit..
hihihi

bye


Rabu, 30 Mac 2016

Lamanya x bersiaran...waaaaaaa

As salam semua
aduhhh..lama sangat dah x bersiaran
rindulah sangat2 nak menulis
rindu sangat nak baca blog2 korang nie
dah x tau dah ape yang korang buat..pergi..deko2
arrghhhhhh...

apekan daya banyak sangat benda yang nak kena buat..
semenjak dua menjak dah duk sekolah nie..
banyak benda yang nak diperbetulkan..
hihihi..


insha Allah nak mulakan balik menulis
byk sangat perkara yang berlaku yang nak kongsi dengan korang
lebih2 lagik tang deko2 rumah ni..
nangis woo tengok korang semua deko cantik2..
kikiki

ok..
tu je nak cakap..muehehehe

bye

Khamis, 21 Mei 2015

Rumah Mak Aku Pun Ada Pokok Harum Manis...Biar Betul???

As salam korang semua
hehehe
gambar kat bawah ni adalah gambar ehsan dari en google yea..
sory pada empunya sebab x mintak izin ambil..hehehe
sekadar jadi bahan rujukan..




kali nie nak bercerita pasal buah mangga harum manis yang dok sibuk sana sini orang cerita
aku memang x pernah amik port pun..

alaa...mangga je pun..x kisah pun mangga ape..semua aku suka
janji manis dan x masam..
2-3 sekali aku boleh hadappp

minggu lepas bos aku pergi ke Program Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2015
kat Perlis tu diaorang buat..
dia bawak lah balik ole2 mangga harum manis nie...
mahal ko katanya..RM35 sekilo..
telan air liur aku..hehehe

dia bawak opis 3 biji..
kongsi le kami ni makan 12 orang..
oiiii....bukan main manis..sedap bangatttt
meleleh air liurr..kauuuu
hihihi

tapi....tapikannn masa aku potong buah tu aku bau harumlah sangat..
bukan harum cam minyak wangi tu..
tapi harum buah..getah dia tu..syokkk
aku perasan gak..bau dia macam bau buah mangga kat umah mak aku..
isi pun sama..bentuk buah pun sama..

aku cakap gak dengan kawan aku yang buah nie sebijik cam pokok kat umah aku
xkan kat umah mak aku tu pokok harum manis..
eahhhh..pelik..kata x leh hidup kat negeri lain..
ermmmm...

balik keje..amik anak kat umah
aku pun tanya..
mak!!..mangga kite nie mangga harum manis ke????
bau dia samalah cam bos orang bawak balik dr Perlis..

mak pun jawab..a..ah...
aritu abang Zaki ko datang dia cakap nie mangga harum manis nie..

dalam hati aku dah mengelinjang suka..
terus amik hp dalam kete..amik gambar dan terus wasab kat geng2 opis..

meriah..semua kat opis balas..nak..nak..nak
aku cakap tunggu buah tua sikit aku petik aku bagi..
hehehe
nie ha..gambar pokok yang ada kat umah mak aku nie






sebenarnya..pokok nie asal mak sedara aku yang beli mangga ni..
masa tu aku baru form 2..umur 14 tahun..sekarang umur aku 34 tahun..
haaaa..dah 20 tahun dah pokok nie..
mak sedara aku masa tu kata buah nie buah kacuk..
xde pulak nama betul dia masa tu..sebab sedap sangat mak aku semai biji dia..
2 biji dapat 2 pokok..tapi mak aku gapitkan (cantumkan) pokok dia..
kira bercabang dua cam gittew..

pokok ni memang x pernah berbuah..
sampai le aku kahwin..aku ngandung anak pertama tahun 2005..
umur pun masa tu 24 tahun..kira lepas 10 tahun baru dia berbuah
masa tu berbuah lebat yang amattt..
mak aku sedekah2 kan kat jiran2 sedara mara..
sape nak mak aku bagi..

tapi buah nie kalau belum masak sangat dia x manis..masam...mcm masak layu
kalau muda memang sedap..dia mengkall
kalau dia masak betul2 memang manis sangattt..

lagi satu pokok aku nie kalau berbuah setahun sekali je
lama gak nak hadap pokok ni..
tapi kalau berbuah pun..lama gak nak tunggu dia habis gugur sebab buah banyak sangat
tu yang x tunggu masak..
mak aku rimas..dia petik bagi kat orang jer..

sekarang aku memang jarang makan mangga ni..x heran pun
sebab jarang jupe yang masak betul..
nak peram pun kadang terpetik yang belum tua..
banyak sedekah kat orang..

tapi lepas aku dah tau nie pokok harum manis
aku dah pesan kat mak aku..nanti soh abah aku petik yang dah tua2 tu..
nak peram..nak bagi kawan opis..
dannn..aku nak confirmkan balik rasa dia..betul ke macam harum manis yang aku makan aritu..
bau dah sama..tunggu rasaaa.... je balik nie..
hehehe

harap2 betullah harum manis yea..
xyahlah kengkawan atau sedara aku nak kuarkan duit semata2 nak beli harum manis nie
x berbaloi woii..
mangga je pun...huhuhu

okay..tata
nanti aku share bila mangga nie dah masak..
aku nak try cari cara nak peram mangga..hehehe